Friday, August 26, 2011

Kemudahan yang disediakan


D'impian Resort & Training Centre (DRTC) menawarkan pakej menarik untuk didiami oleh mereka yang ingin merasai kesegaran serta keindahan dan cabaran alam semulajadi. Villa dan Chalet untuk percutian yang menyenangkan dan tapak perkhemahan untuk yang gemarkan penginapan yang mencabar. Kemudahan untuk aktiviti outdoor dan indoor serta hiburan seperti sesi berkaraoke turut disediakan mengikut permintaan.


Penginapan

Terdapat 4 jenis penginapan yang disediakan disini iaitu Villa, Chalet, Drom dan berkhemah.

1. Villa D'impian




Standard Room - Single dan Twin (RM80)

Family Standard (RM115)

Villa D'impian ini adalah sebuah banglo yang mempunyai 6 buah bilik dengan 6 bilik air didalamnya. Banglo ini dilengkapi ruang tamu, ruang dapur, ruang rehat menonton TV siaran Astro, ruang makan dan cukup selesa untuk tujuan penginapan yang mewah tapi berada disuasana kampung. Villa ini disewakan kepada sesiapa yang memerlukan penginapan dan mempunyai perniagaan di sekitar bandar Muar dan pekan Parit Jawa. Ia juga sesuai pada kumpulan yang ramai seperti bertandang atau menghantar pengantin, rombongan sekolah dan IPT dan lain-lain tujuan. Jika resort ini memjalankan kursus motivasi atau kursus-kursus lain, villa ini dicadangkan untuk dijadikan tempat penginapan peserta atau urusetia kursus.

Kemudahan Villa 

- Bilik yang luas
- Air Conditions
- Coffee Table
- Television
- Bilik air dengan water heater.

2. Drom @ Asrama

Untuk kumpulan yang besar, terdapat 1 blok asrama yang boleh menampung ramai peserta.




Dorm peserta kursus
Loting tingkat 3

Tandas bersih dan selesa untuk peserta

Penginapan peserta


Siapa yang belum pernah mempunyai pengalaman bermalam di loting, mereka boleh merasai pengalaman di sini.



Terdapat 2 tapak perkhemahan yang mampu menampung 300 orang. Lengkap dengan khemah, bekalan air dan tandas juga tempat untuk memasak. Sesuai untuk institusi-institusi pengajian, sekolah, kolej yang menganjurkan program untuk melatih peserta-peserta dengan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain.

Gelanggang Permainan

Gelanggang permainan berkonkrit dan besar ini sesuai untuk pelbagai sukan seperti bola tampar, latihan kawad kaki dan aktiviti sukaneka.

Dewan Seminar

DEWAN

Sebuah buah dewan yang lengkap dengan OHP, P.A. sistem dan kemudahan audio yang lain. Kapasiti bilik seminar ini adalah antara 120 hingga 150 peserta pada satu-satu masa. Ia juga bergantung susunan kerusi dan maja sesuatu seminar tersebut. Bilik ini di lengkapi "sound system", OHP dan kemudahan-kemudahan yang biasa terdapat di bilik-bilik seminar di hotel-hotel lain. Kadar sewaan bilik ini untuk separuh hari (9:00 pagi-1:00 th @ 2:00 ptg - 6:00 ptg) adalah RM 500.00 dan RM 700.00 untuk Sehari (9:00pagi - 5 ptg @ 5 ptg - 11:00 malam)



Wakaf dan surau

Terdapat beberapa buah wakaf sebagai tempat untuk berehat sambil menikmati suasana sekeliling dan juga untuk sesi perbincangan. Surau juga disediakan untuk peserta berkursus.

Dewan Makan

Terdapat sebuah dewan makan terbuka yang menyajikan makanan kampung. Jenis makanan yang diperlukan boleh dibincangkan dengan chef bagi kumpulan yang besar. Selain masakan melayu, masakan vegetarian boleh disediakan atas permintaan. Makanan disediakan secara pakej 5 kali sehari. Pengunjung boleh membeli-belah kedai yang menjual makanan dan minuman ringan serta keperluan latihan seperti sabun, berus gigi dan lain-lain. Terdapat juga cenderamata dijual di kedai tersebut.

D'SHOP


Kedai kecil menjual beberapa kelangkapan untuk para peserta.