Parit Jawa
Suatu petang yang tenang dan damai di D'impian Resort & Training Centre
Nama 'Parit Jawa' itu dikatakan berasal dari parit yang digali oleh orang-orang Jawa yang berasal dari kepulauan Jawa, Indonesia. Pada mulanya Parit Jawa terletak di tepi Pantai Leka tetapi ia telah dipindahkan kira-kira setengah kilometer dari pantai pada tahun 1916 kerana kawasan asal tersebut sering dilanda ombak laut Selat Melaka.
Kampung nelayan
Suasana pantai leka di parit jawa
Haji Jabbar dan beberapa orangnya dikatakan turun dahulu dari bot. Selepas tiga hari tiga malam, Haji Jabbar memanggil mereka yang berada di dalam bot untuk mendarat setelah beliau memastikan kawasan tersebut selamat untuk diduduki. Haji Jabbar dan orang-orangnya berusaha membangunkan Parit Jawa dengan menanam tebu, pisang, nanas, sayur-sayuran dan buah-buahan. Hasil semula jadi yang terdapat di situ tidak sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi juga turut dihantar ke tempat lain terutama gambir, lada hitam, lada putih, kelapa dan lain-lain. Selain itu mereka juga menjadi nelayan selain menjadi pedagang. Hasil usaha Haji Jabbar dan rakan-rakan, Parit Jawa atau ketika itu 'Kampung Baru' menjadi terkenal dan menarik bukan sahaja penduduk Jawa tetapi juga penduduk dari Tanah Besar China. Penduduk China yang berhijrah ke Parit Jawa menjadi nelayan dan pelombong bijih.
Sumber asli di Parit Jawa pada tahun 1871 adalah bijih timah dan diketika itu pelombong memperolehi 194 pikul bijih timah. Cukai bijih timah 10 peratus telah dikutip oleh wakil Sultan Johor iaitu Ungku Abdul Rahman dan dilabel sebagai 'Timah Padang Johor'.
Di kawasan persisir pantai, orang-orang Hokkien Cina menjadi nelayan dan peniaga. Mereka menjual ikan kepada peladang dan pelombong. Mereka juga membuat 'ikan kering' dan menjualnya ke Melaka dan Singapura.
Apabila Bandar Maharani Muar dibuka pada tahun 1884, kawasan hutan dari Parit Jawa ke Bandar Maharani dibuka dan menjadi kawasan perladangan. Untuk mengangkut hasil semulajadi dan penduduk, Kerajaan Bandar Maharani telah menyediakan landasan keretapi 'MSR' atau 'Muar State Railway' dari Parit Jawa ke Parit Sungai Pulai. Pada tahun 1890 Parit Jawa menjadi stesyen keretapi terbesar di Muar. Ketika itu landasan bermula dari Jalan Sulaiman di Bandar Maharani hingga ke Parit Jawa sebelum dipanjangkan hingga ke Sungai Pulai.
Stesyen Tetap ialah Bandar Maharani Muar, Parit Bakar, Parit Jawa, Parit Pechah dan Parit Pulai manakala stesyen sementara ialah Parit Perupok, Parit Kurma, Parit Raja, Parit Unas, Parit Samsu, Parit Jamil, Parit Bulat dan Parit Seri Menanti. Pada tahun 1908, Muar State Railway diketuai oleh Encik Mohd. Taib Abdullah yang menggantikan J.C. Campbell. Pada tahun 1927 pengangkutan penumpang telah dihentikan akibat kerugian yang ditanggung oleh syarikat tersebut. MSR hanya digunakan untuk mengangkut batu-batuan untuk membuat jalan sahaja yang diambil dari kuari Bukit Mor. Kini keretapi MSR di Muar hanya menjadi nostalgia dan kenangan kerana perkhidmatan tersebut telah pun dihentikan. Malah sebahagian besar jalan keretapi tersebut kini telah ditukarkan menjadi jalan raya dan diberi nama Jalan Abdul Rahman.
Asam pedas, makanan yang sangat terkenal di sini : video
Mee bandung kegemaran semua
Durian tembaga merah, Antara yang menarik di Muar dan Parit Jawa adalah buah-buahan tempatan. DRTC mempunyai dusun buah-buahan seperti buah durian, rambutan, nangka, pulasan dan cempedak.