Saturday, October 23, 2010

Pengenalan


Rangkaian D'impian Group


Pengarah urusan D'impian Resort & Training Centre, puan Zawiyah Saimin dan suami






D'impian Resort & Training Centre (Muar) adalah salah satu rangkaian perniagaan D'impian Group yang juga menjalankan jenis perkhidmatan perhotelan dan penginapan di beberapa lokasi iaitu di D'impian inn (Batu Pahat) dan D'impian Inn (Shah Alam). Dengan wujudnya tempat ini akan menambah satu lagi tarikan pelancongan terkini di Daerah Muar yang lebih
tepat lagi di pekan Parit Jawa.




Terletak kira-kira 30 minit dari susur keluar Lebuhraya Tangkak dan kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Muar, tempat ini menjanjikan satu pengalaman yang menyeronokkan dengan kedudukan yang jauh dari keriuhan dan kesibukan kota, ianya mewujudkan ketenangan dan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi, berkursus, seminar, aktiviti keluarga dan agro-pelancongan menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung.

Latarbelakang

D'impian Resort & Training Centre merupakan sebuah perniagaan yang ditubuhkan di Malaysia dan beralamat di Lot 3842B, Parit Kassim, 84000, Parit Jawa, Muar, Johor. (MPJ-392). Syarikat ini didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beroperasi sekitar Daerah Muar, Batu Pahat, Air Hitam dan Segamat, Johor secara khusus dan seluruh Malaysia secara umumnya.

Syarikat ini secara khususnya mengendalikan perniagaan berasaskan perkhidmatan fisiliti dan pelancongan. Pihak syarikat sememangnya komited dan serius dalam memberi perkhidmatan yang terbaik setelah membekalkan perkhidmatan dan produk-produk kepada pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan orang perseorangan.
Penubuhan DRTC ini juga menunjukkan bahawa kami juga telah bersedia untuk menghadapi arus globalisasi dan seterusnya membimbing tenaga baru khususnya tenaga professional dan para graduan dari universiti bagi tujuan sebagai generasi pelapis untuk masa hadapan.

Berbekalkan gabungan tenaga ini, kami yakin bahawa kami mampu untuk menyaingi syarikat-syarikat gergasi dan juga syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing dan bukan bumiputera.
Melalui profil ini, kami berharap agar ia dapat memberikan serba sedikit maklumat sebagai asas dalam mengenali operasi yang kami jalankan dan dengan pengalaman serta gabungan kepakaran yang kami ada, kami berasa optimis bagi menawarkan perkhidmatan kami mengikut kepuasan semua pelanggan yang terdiri daripada pelbagai peringkat.




Cerita D'impian di dalam akhbar


No comments:

Post a Comment