Kem Motivasi Pelajar
Tarikh :: 9,10 & 11 December 2011
Tempat :: D'impian Resort & Training Centre, Muar
Yuran :: RM 300
Hubungi :: D'impian @ En. Akmal @ Syafiq : 07-4532744 @ 07-4541744 @ mybaha76@yahoo.co.uk
KEM INI TELAH BANYAK MENYEDARKAN PELAJAR BERMASALAH DAN MENGINSAFKAN MEREKA SEKALIGUS
Kem Motivasi Diri Pelajar adalah program yang saya rangka sendiri bersama rakan-rakan saya yang betul-betul mahir dan berpengalaman setelah lebih 6 tahun mengendalikan beratus-ratus kem motivasi di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia sebelum ini. Kem Motivasi Diri Pelajar merupakan satu program latihan yang komprehensif dan efisyen. Saya menggunakan konsep latihan secara menyeluruh dan sepenuh masa (total training).
sepanjang program ini dijalankan, potensi diri setiap pelajar akan dibangunkan dan dalam masa yang sama masalah dalam diri pelajar akan dikenalpasti melalui modul-modul program yang telah terbukti berkesan yang akan dilaksanakan di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini.
Pendekatan yang digunakan adalah untuk menggerakkan potensi pelajar dari segi:-
Akal - ke tahap hikmah kebijaksanaan.
Naluri - mengurus naluri ke arah kebaikan.
Anggota - menyerlahkan potensi diri pelajar dari segi akhlak, disiplin serta bersakhsiah mulia.
Sebelum itu, saudara tentu bertanya dengan diri saudara sendiri...
Hebat sangatkah Kem Motivasi Diri Pelajar ini?
Secara jujur saya katakan, teknik yang saya praktikkan di dalam program ini belum pernah digunakan oleh mana-mana pihak. Saya dan rakan-rakan saya sendiri mengkajinya terlebih dahulu berdasarkan pengalaman dan realiti sebenar selama kami berkecimpung di dalam bidang ini. Dan dari semasa ke semasa, kami sentiasa memperbaiki modul-modul program mengikut kesesuaian sekeliling.
Ini kerana saya sentiasa memantau setiap aktiviti program secara keseluruhannya dengan meminta maklumbalas secara telus dari para pelajar yang menyertai Kem Motivasi Diri Pelajar ini.
KEM MOTIVASI DIRI PELAJAR INI 100% TIDAK MENYERUPAI PROGRAM MOTIVASI YANG LAIN.
Apa yang menjadikan kursus ini unik adalah, anak saudara akan terdedah dengan pelbagai ilmu-ilmu hidup yang bermanfaat dan maklumat tentang potensi, kelebihan dan halangan yang ada di dalam diri mereka.
Anak saudara juga akan diajar teknik-teknik berkesan yang praktikal untuk menyelesaikan masalah dan konflik dalam diri mereka. Yang lebih unik, anak saudara juga akan berjumpa dengan urusetia dan fasilitator yang boleh menjiwai diri mereka.
Bukan setakat menjiwai malah bersama-sama berkongsi masalah, berfikiran seperti mereka dan boleh memahami kehendak dan kemahuan mereka.
Mungkin saudara sukar hendak percaya jika saya katakan bahawa tiket kapal terbang untuk kami pulang hampir dikoyakkan oleh peserta program, sewaktu kami mengadakan program kami ini di Sabah. Pelajar tersebut tidak ingin membenarkan kami pulang kerana ingin kami bersama lebih lama dengan mereka walaupun aktiviti program telahpun tamat.
Pernah juga saya menerima kunjungan dari seorang bekas peserta berusia 15 tahun yang datang ke Kuala Lumpur seorang diri, semata-mata untuk bertemu dengan saya. Dan sehingga hari ini, saya masih menerima SMS dari peserta-peserta yang pernah mengikuti program saya sebelum ini. Begitulah gambaran betapa akrabnya kami dengan peserta.
Di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini, saya dan rakan-rakan saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada peserta. Sudah tentu ianya memerlukan kepada kajian yang menyeluruh, pembacaan, penyelidikan dan juga melalui pengalaman kami sendiri.
Secara terus-terang, kelebihan yang bakal diterima oleh peserta di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini adalah :
Pelajar sentiasa diawasi 24 jam bermula dari solat Subuh sehinggalah mereka tidur sepanjang kem berlangsung. Keselamatan mereka terjamin.
Pelajar akan dilatih oleh urusetia dan fasilitator yang cukup berpengalaman dan terlatih. Saya tidak menggunakan khidmat mereka yang masih baru dalam bidang motivasi ini.
Pelajar sama sekali tidak akan berasa bosan. Bahkan mereka akan seronok dengan aktiviti ilmiah, sukan dan keagamaan dalam program ini.
Pelajar sentiasa dibimbing secara praktikal dan bukan hanya sekadar mendengar. 95% aktiviti di dalam program ini adalah outdoor dan aktiviti di dalam dewan hanya 5% sahaja.
Mempunyai urusetia dan fasilitator yang amat akrab dan sangat disenangi pelajar di samping tegas dalam mendidik.
Amalan "Keep In Touch" sentiasa diamalkan dalam program walaupun di luar aturcara program Kem Motivasi Diri Pelajar ini.
Saudara, saya telah mengendali pelbagai kes pelajar bermasalah di Malaysia. Tidak kira seburuk mana sekalipun perangai pelajar tersebut, saya tetap memberi layanan yang sama rata dengan peserta lain. Mendidik dengan sabar dan istiqamah adalah amalan yang sentiasa diamalkan sepanjang program ini.
Program sentiasa dijalankan secara professional. TIADA MENTAL TORTURE.
Adakah...
Saudara risau tentang masa depan anak saudara?
Anak saudara malas belajar?
Saudara rungsing dan pening kepala memikirkan kelakuan anak saudara?
Anak saudara langsung tidak mendengar nasihat saudara?
Anak saudara pelajar yang bijak dalam akademik tetapi kurang pengetahuan dan kesedaran agama?
Anak saudara lemah dalam akademik dan juga kurang kesedaran agama?
Anak saudara terlibat dengan gejala sosial?.
Ataupun saudara sendiri sudah berputus asa dengan kelakuan buruk anak saudara. Namun, saya yakin saudara masih berharap untuk mengubah kehidupan anak saudara sendiri. Ibu bapa mana yang tidak inginkan anak mereka sentiasa berjaya dalam hidup.
Jika saudara hampir putus asa dan masih berharap untuk mengubah kehidupan anak saudara, berilah peluang kepada saya pula untuk cuba membantu. InsyaALLAH dengan pengalaman dan kemahiran yang saya ada, saya dapat mengubah dan memberi kesedaran serba-sedikit kepada anak saudara. Boleh dikatakan...
" Saya faham benar mengapa anak saudara jadi begitu. Dan saya tahu bagaimana untuk mengatasinya "
Berilah peluang kepada anak saudara sendiri merasakan kelainan Kem Motivasi Diri Pelajar yang akan mendidik mengikut kesesuaian jiwa mereka sendiri. Mungkin selama ini mereka buntu dan tidak tahu memilih jalan yang betul dalam hidup mereka. Di dalam program ini, saya dan rakan-rakan saya akan sentiasa cuba mendidik dan menunjukkan jalan yang betul kepada mereka secara berhikmah.
Antara pengisian dan pendekatan yang sentiasa diamalkan sepanjang Kem Motivasi Diri Pelajar ini berlangsung ialah :
Mengajak peserta mengenal Allah dengan lebih dekat lagi.
Memberitahu mereka tentang besarnya pengorbanan ibu dan bapa.
Mengamalkan konsep kasih sayang berlandaskan Islam di antara para peserta dengan fasilitator. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda.
Wujud Suasana Kekeluargaan - semua peserta adalah seperti berada di dalam satu keluarga.
Berlaku adil kepada semua peserta dan tidak ada sifat pilih kasih.
Kemesraan antara peserta dengan jurulatih - menggunakan nama panggilan yang biasa digunakan di rumah bagi menambahkan lagi suasana kemesraan.
Mengamalkan solat berjemaah di samping mengeratkan hubungan sesama peserta.
Jurulatih sentiasa mengambil berat tentang masalah yang ada pada diri setiap peserta.
Jurulatih sentiasa mendampingi setiap peserta dan menghiburkan mereka di samping mendidik ke arah kebaikan.
Latihan bersifat menyeluruh. Bukan hanya sekadar mendengar ceramah di dewan. Tetapi melibatkan semua aktiviti seperti waktu makan, solat, tidur dan semasa menjalani aktiviti luar.
Dan pelbagai lagi.
Sewaktu menghasilkan modul-modul untuk Kem Motivasi Diri Pelajar ini, saya telah mensasarkan target untuk memberi input sebanyak mungkin kepada peserta. Dalam masa yang singkat iaitu selama 4 hari 3 malam, atau 3 hari 2 malam saya cuba menyusun aktiviti-aktiviti menarik kepada para peserta dan dalam masa yang sama memberi pengajaran dan kesedaran yang bermakna dalam diri mereka.