Sunday, August 21, 2011

Penginapan : Villa D'impian


Villa D'impian

Villa D'impian ini adalah sebuah banglo yang mempunyai 6 buah bilik dengan 3 bilik air didalamnya. Banglo ini dilengkapi ruang tamu, ruang dapur, ruang rehat menonton TV, ruang makan dan cukup selesa untuk tujuan penginapan yang mewah tapi berada disuasana kampung. Villa ini disewakan kepada sesiapa yang memerlukan penginapan dan mempunyai perniagaan di sekitar bandar Muar dan pekan Parit Jawa.

Ia juga sesuai pada kumpulan yang ramai seperti bertandang atau menghantar pengantin, rombongan sekolah dan IPT dan lain-lain tujuan. Villa D'impian ini disewa dengan harga RM350.00 semalam (Promosi pembukaan sehingga Dec 2011, Villa ini hanya disewa dengan harga RM98.00 Sahaja). Ia juga boleh disewa mengikut bilik dengan harga RM100.00 semalam.

Jika resort ini memjalankan kursus motivasi atau kursus-kursus lain, villa ini dicadangkan untuk dijadikan tempat penginapan peserta atau urusetia kursus. Dibawah terdapat beberapa gambar suasana dalam Villa D'impian. Sila hubungi En Sallehuddin Hamdan : 017-6981060 @ 07-4532744





Pintu utama D'impian Villa.



Keadaan di bilik, jumlah katil di rumah ini adalah 20 buah.



Ruang rehat yang luas dan selesa