Monday, October 14, 2013

Pusat Latihan dan Rekreasi D'impian Group

Adakah anda mencari - cari tempat untuk mengadakan kursus atau menjalankan aktiviti perkhemahan dengan budjet yang rendah dan terbaik?. Kalau betul.Pusat Latihan dan Rekreasi D'impian Group adalah jawapannya. Anda pasti seronok dan teruja apabila berada di sini kerana pengalaman kami lebih 5 tahun dalam bidang motivasi dan perkhemahan mengetahui kehendak anda.

Pelbagai kemudahan di sediakan bagi memudahkan anda menjalankan sebarang xtvt kursus malahan ia juga di buka untuk anda yang ingin bercuti ala kampung atau pun bercadang mengadakan Hari Keluarga . Semoga anda berpuas hati dengan khidmat yang di berikan oleh kami. Jom jumpa di Pusat Latihan dan Rekreasi D'impian .  Kami Sentiasa Menantikan Kedatangan Anda !.

Pusat Latihan dan Rekreasi D'impian Group sebenarnya mempunyai dua resort iaitu D'impian Resort & Training Centre di Parit Kassim, Muar dan D'impian Country Resort, Sungai Belukang, Muar Johor. 

D'impian Resort & Training Centre, Parit Kassim, Muar





Terletak kira-kira 30 minit dari susur keluar Lebuhraya Tangkak dan kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Muar, tempat ini menjanjikan satu pengalaman yang menyeronokkan dengan kedudukan yang jauh dari keriuhan dan kesibukan kota, ianya mewujudkan ketenangan dan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi, berkursus, seminar, aktiviti keluarga dan agro-pelancongan menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung.

Latarbelakang

D'impian Resort & Training Centre merupakan sebuah perniagaan yang ditubuhkan di Malaysia dan beralamat di Lot 3842B, Parit Kassim, 84000, Parit Jawa, Muar, Johor. (MPJ-392). Syarikat ini didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beroperasi sekitar Daerah Muar, Batu Pahat, Air Hitam dan Segamat, Johor secara khusus dan seluruh Malaysia secara umumnya.

Syarikat ini secara khususnya mengendalikan perniagaan berasaskan perkhidmatan fisiliti dan pelancongan. Pihak syarikat sememangnya komited dan serius dalam memberi perkhidmatan yang terbaik setelah membekalkan perkhidmatan dan produk-produk kepada pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Penubuhan DRTC ini juga menunjukkan bahawa kami juga telah bersedia untuk menghadapi arus globalisasi dan seterusnya membimbing tenaga baru khususnya tenaga professional dan para graduan dari universiti bagi tujuan sebagai generasi pelapis untuk masa hadapan.

Berbekalkan gabungan tenaga ini, kami yakin bahawa kami mampu untuk menyaingi syarikat-syarikat gergasi dan juga syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing dan bukan bumiputera.

Melalui profil ini, kami berharap agar ia dapat memberikan serba sedikit maklumat sebagai asas dalam mengenali operasi yang kami jalankan dan dengan pengalaman serta gabungan kepakaran yang kami ada, kami berasa optimis bagi menawarkan perkhidmatan kami mengikut kepuasan semua pelanggan yang terdiri daripada pelbagai peringkat.

D'impian Country Resort, Kg. Sg. Belukang, Muar

Blog bergambar :: http://dimpiancountryresort.blogspot.com/



D'impian County Resort adalah pusat latihan dan rekreasi yang meliputi 11 ekar keluasan tanah dengan suasana kampung yang tenang dan damai. Resort ini hanya 10 KM dari DRTC yang terletak di Kg Sg Belukang Muar.

Oleh itu kami mengalu - alukan kedatangan anda ke D'impian County Resort di Muar, Johor. Kem Bina Semangat ini menyediakan tapak perkhemahan , tempat berkursus atau seminar, padang kawad untuk xtvt badan beruniform, percutian keluarga ala kampung, pakej Hari Keluarga ( Family Day ), tempat mesyuarat, majlis keramaian, menganjurkan kem motivasi dan kecemerlangan pelajar serta pusat rekreasi.

Pusat Latihan dan Rekreasi D'impian Country Resort menakjubkan kerana terletak di dalam dusun buah - buahan dan tambahan pula ia di kelilingi dengan suasana alam hutan semulajadi yang mendamaikan. Sekiranya musim buah - buahan pula , pastikan buah durian tidak jatuh pada anda kerana kem ini mempunyai pelbagai jenis pokok buah - buahan .

Yang bestnya juga cemp ini memang terkenal di daerah ni dengan jolokan Kg Pesta Musim Buah - Buahan bila tiba musimnya. Bagi anda yang " Gila Pancing " pula jangan lepaskan peluang kerana berhampiran kem terdapat pantai pasir panjang di kampung sungai pilai muar. Kem ini juga terletak berdekatan dengan beberapa pusat tumpuan perlancongan iaitu kolam air panas sungai resik.