Saturday, October 31, 2015

Assalamualaikum dan selamat petang..
Harapnya sihat dan ceria selalu!

BERITA BAIK BUAT ANDA SEMUA!!
SILA BACA DENGAN TENANG..


SEBELUM ITU, SILA PANGGIL, RAKAN-RAKAN, ANDA,
BIAR MEREKA TAHU, APA YANG SEDANG BERLAKU.

GELOMBANG PROMOSI TELAH MELANDA MUAR JOHOR
PROMOSI AWAL TAHUN 
D'IMPIAN RESORT & TRAINING CENTRE MUAR!!

Sempena awal tahun ini..kami telah membuat keputusan
di luar akal, untuk memberi pakej yang menarik secara PERCUMA
kepada anda semua!


Fasiliti yang selesa diberi kepada anda, dengan PERCUMA 30% PENJIMATAN bermula JANUARI - MAC 2016!
Antara fasiliti yang disediakan:
1-Penginapan.
2-Dewan.
3-Dewan makan.
4-Makan minum 10x.
5-Obstacle.

Kami juga menyediakan beberapa Kem atau program sempena cuti sekolah dengan harga TERBAIK! Antara Kem dan program yang disediakan:

1-Kem Cuti Sekolah.
2-Kem Tahfiz.
3-Kem Solat.

Sudah pastinya kami bukan sahaja memberi, malah 
menyelamatkan anak-anak anda dari cuti yang sia-sia,
untuk kepuasan dan keseronokan peserta, kami juga menyediakan aktiviti-aktivi yang menarik!

MAKLUMAT LANJUT
SILA RUJUK POSTER DIBAWAH
ATAU HUBUNGI DI TALIAN INI !!

06-9872757
012-2724576

KONGSIKAN PERKARA BAIK INI KEPADA RAKAN-RAKAN
YANG LAIN.







Wednesday, October 28, 2015

MOHON BANTUAN ANDA UNTUK SAMPAIKAN BERITA INI KEPADA MEREKA 
YANG INGIN TAHU !!

Assalamualaikum dan selamat tengahari..


SEMINAR BANGUN SELEPAS JATUH

Tarikh :: 31Oktober2015 (Sabtu)
Tempat :: Perpustawaan Shah Alam, Selangor. (Detial akn di maklumkan)
Masa :: Jam 10 Pagi - 4 Petang.
Yuran :: Seorang RM60 sahaja jika berdua RM100. (Untuk bayaran dewan sahaja ).

Pagi ni saya tawarkan satu seminar PERCUMA. Tetapi saya ambil sedikit bayaran untuk bayaran dewan sahaja dan bayaran staf. Saya maksudkan perkongsian saya percuma. Sekarang ni mana ada yang free. saya hadir dari Muar ke Shah Alam untuk berkongsi. seminar ni biasanya saya ambil RM300 seorang. Seminar ni saya berikan formula bangun selepas jatuh. Datanglah ramai-ramai, bawa anak, bawa isteri, bawa suami, bawa atuk, jika semua staf ke pun boleh.

Mendaftar
.
Mudah sangat
1. Boleh Whatsapp atau SMS pengurus saya, berikan NAMA dan Phone number (semua peserta) hantar ke 013-7999415.
.
2. Boleh juga Masej saya di FB juga..( Baharuddin Mohamed )
.
Buat bayaran ke 501589003549 atas nama Dimpian Inn (Maybank). Bawa slip bank jika sudah membuat pembayaran. Jika tidak, anda juga boleh membawar waktu pendaftaran.Tapi saya mohon sangat-sangat. Fikir baik-baik boleh datang ke tidak. biasanya kalau seminar macam ni tak minta bayaran ramai yang mendaftar tetapi tak datang bila majlis. jangan macam tu ya. Sebab staf saya perlu menempah bilik seminar.
.
Harapnya dapatlah 100 orang yang hadir saya ambil bilik seminar yang besar. Saya orang bisnes. Jadinya kalau dapat 30 orang pun saya jalankan. Seminar ini memang berbaloi. jemputlah datang. Ada hadiah kapada peserta bertuah nanti ole-ole dari MUAR..

-Baharuddin Mohamed-



Monday, October 26, 2015

PENGENALAN 
D'impian Resort & Training Centre (DRTC)

Assalamualaikum, dan selamat pagi. 

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nafas, untuk terus bersujud 
kepadaNya.

Ada sedikit perkara menarik untuk dikongsikan kepada anda semua..
D'impian Resort & Training Centre, merupakan sebuah perniagaan
yang ditubuhkan di Malaysia dan beralamat di:

Lot 3842B, Parit Kassim, 84000, Parit Jawa, Muar, Johor. (MPJ-392).
Syarikat ini didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan
beroperasi sekitar Daerah Muar, Batu Pahat, Air Hitam dan Segamat,
Johor secara khusus dan seluruh Malaysia secara umumnya.

Kami mengendalikan perniagaan berasaskan perkhidmatan fasiliti dan pelancongan. Pihak syarikat sememangnya komited dan serius dalam 
menyediakan perkhidmatan terbaik.

Dibawah ini terdapat beberapa fasiliti dan gambaran pintu masuk resort
Kami akan kongsikan lagi beberapa gambar, dan aktiviti pada posting yang akan datang..sekian..ceria selalu..










Wednesday, October 7, 2015

5-7 Oktober 2015 : Asnaf, Majlis Agama Islam Johor 
Kumpulan ke-5 (Kota Tinggi)

Alhamdulillah.. Setelah 5 siri program dijalankan, tamat sudah akhirnya, dimana, kumpulan
peserta ASNAF MAIJ dari Kota Tinggi, menjadi penutup bagi program murni ini.

Program Asnaf MAIJ, adalah kerjasama dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bersama D'impian
& Training Centre Muar. Ianya bertujuan untuk membantu golongan Asnaf, dengan ilmu berniaga, bagi meningkatkan ekonomi isi rumah Asnaf, serta membentuk dan memperbetulkan jiwa dan jati diri peserta kearah yang lebih baik, melalui modul-modul yang disediakan.

Kami, wakil D'impian & Training Centre Muar, mengucapkan ribuan terima kasih kepada fasilitator, jemputan pelatih, juga wakil MAIJ dalam menjayakan program ini. Dihaharapkan, dengan segala ilmu yang disampaikan, dapatla dimanfaatkan sepenuhnya, dan diaplikasikan ke dalam apa jua perniagaan yang dijalankan. Kami mendoakan kepada anda semua, semoga berjaya, cekal, tabah dan terus berusaha mencapai impian masing-masing..AMINNN


Peserta bergambar di hari terakhir, sebelum pulang.


Gelagat peserta bersama trainers D'Impian Resort..

Penerangan dan sesi kerohanian dari coach Bahar.

TERUJA..peserta teruja mencuba resepi dari Chef Azri, sepanjang sesi
praktikal. 

Penerangan dari Chef Azri


En Ikram, memberi semangat dan sedikit nasihat kepada peserta program,
di hari terakhir.

Majlis penutup dan penyampaian sijil..




Sunday, October 4, 2015

28-30 September 2015 : Asnaf, Majlis Agama Islam Johor 
Kumpulan ke-4 (daerah Mersing)


Ragam..peserta sebelum pulang.


Puas...peserta bergambar sebelum pulang, bersama sijilnya.


Penyampaian sijil bersama En Ikram Al-Banjari