Tuesday, October 11, 2022

Lebih 2 tahun tak berprogram kerana covid19.


Hari ni sekolah pertama masuk ke buat program motivasi di resort kami. SMA Shamsuddiniah buat program dengan 63 pelajar.
Harapnya ada cahaya buat bisnes traning ni. PPD berilah kelonggaran kepada sekolah-sekolah buat program diluar. Kumpulan bisnes kejurulatihan ni dah lama ikat perut. Banyak kem yang gulung tikar. Bukan ada yang ambil peduli.

#JalanTerus 







Projek - projek baru bulan okt 2022

Hari ni selesai program perkhemahan SMK Bandar Putra Segamat selama 3 hari 2 malam di dimpian agro farm melibatkan 100 orang pelajar. Tahniah coach razman kerana melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna.









Dua program serentak pada 29 September hingga 1 Oktober 2022.


Satu program motivasi khas untuk pelajar di sekolah-sekolah FELDA. Kali ini kami bersama SMK Felda Palong Timur melibatkan seramai 75 pelajar tingkatan 6 dan tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2022. Aktiviti bermula dari jam 0900H hingga 1600H.
Satu lagi adalah program Perkhemahan Unit Beruniform selama 3 hari 2 malam dari SMK Bandar Putra Segamat yang melibatkan seramai 74 peserta. Alhamdulillah, program tamat dengan jayanya. Terima kasih pada para guru-guru terutama Puan Pengetua dan pelajar yang terlibat.
Setiap program yang dijalankan oleh kami ada sedikit perbezaan 'flow' antara satu sama lain. Sebagai contoh, kem kepimpinan ada perbezaan dengan kem jati diri. Kami amat teliti dengan pemilihan aktiviti.
Jika ada sekolah yang berminat untuk menyertai kem kepimpinan, jati diri, motivasi, unit beruniform dan seminar motivasi diri, anda boleh hubungi kami segera untuk pertanyaan lanjut.
Razman Bin Rahmad
Penyelaras Program
D'impian Training & Consultancy
0149695452









Selamat Datang ke Dimpian Training Center

 

Bila budak bandar datang kampung..

Kem kami terletak di kampung.. Nama kampung pun tiada dalam google..."Kampung Sungai Belukang".. Tak pernah dengar kan ??
Tetapi sebenarnya ada banyak aktiviti yang menarik boleh dijalankan disini.. Boleh pergi mancing ikan, Beriadah di pantai, Beri kambing dan rusa makan atau pergi berkubang di sawah..
Kami menjanjikan aktiviti yang menarik melalui modul-modul terpilih sesuai dengan objektif program.
Jika berminat untuk mengadakan program perkhemahan untuk unit beruniform sekolah, kem kepimpinan, kem jati diri dan kem motivasi.
Sila tekan link whatsapp dibawah :





 

Selamat datang ke Dimpian resort & Training Centre Muar kini kami beroperasi di kampung sungai belukang, Seri Menanti. Kami ada menganjurkan kem motivasi seperti yang telah kami mulakan sebelum ini. Blog ini baru kami jumpa semula dan akan kami teruskan seperti biasa. 

sila hubungi kami di talian 014- 9695452 untuk sebarang pertanyaan