Saturday, October 23, 2010

Aktiviti

Pakej Perkahwinan, Hari Keluarga, Mesyuarat Agung
Selain kursus motivasi dan seminar, kami juga menyediakan tempat bagi majlis-majlis perkahwinan, hari keluarga (family day) serta mesyuarat dengan pakej serta tawaran harga menarik serta kemudahan seperti dewan terbuka dan tertutup yang sangat selesa dengan chalet-chalet eksekutif untuk disewa.

Persembahan Pentas Kebudayaan
Persembahan Pentas Kebudayaan adalah bagi memperkenalkan para pengunjung dengan tradisi dan budaya setempat yang terkenal seperti tarian asli, zapin, ghazal, demonstrasi silat, permainan kompang, gasing, congkak. Persembahan serta demonstrasi ini akan diselitkan bersama-sama pakej yang kami tawarkan bagi para pengunjung serta pelancong dalam dan luar negara.

Melawat Dusun, Perkampungan Nelayan, Industri IKS, Sawah Padi
Pakej bagi aktiviti melawat dusun, perkampungan nelayan serta industri IKS serta sawah padi dilakukan bertujuan memperkenal serta mempromosi kehidupan ala kampung terutamanya kepada pelancong luar serta pelajar dari bandar yang belum pernah merasai bagaimana kehidupan serta aktiviti penduduk di kawasan luar bandar terutamanya di kampung-kampung. Pakej ini disediakan kepada sesiapa yang berminat


Melawat perusahaan membuat kompang di Parit Jawa

IKS membuat mee siput terkenal di sini


Dusun durian Bukit, Parit Jawa


Sawah Padi di Semerah berhampiran Parit Jawa

Perkampungan nelayan pantai leka, Parit jawa, Muar