Saturday, October 23, 2010

Kemudahan

60 Unit Bilik Penginapan


Eksekutif (D'impian Inn, Parit Raja)
Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih Master Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman.

Bilik berhawa dingin
LCD TV
Wifi
Bar mini/Peti sejuk
Cerek
Air panas/sejuk
Seterika/papan
Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
Bantal dan selimut tambahan
Kain batik dan kain pelikat

Chalet Non-Eksekutif (D'impian Muar)
Terdapat 10 unit Chalet Non-Eksekutif yang disediakan. Setiap chalet (2 bilik)boleh memuatkan 8 orang pada satu-satu masa. Setiap chalet juga dilengkapi dengan katil single dan kipas. Setiap chalet juga disediakan bilik air yang berjubin untuk keselesaan penginap.

Dormitori
Dormitori atau bilik asrama juga disediakan kepada pengunjung atau peserta yang datang secara dalam jumlah yang ramai. Dormitori ini boleh menampung kira-kira 25 orang dalam satu-satu masa dan amat sesuai bagi mereka yang datang secara berkumpulan dan mempunyai aktiviti yang padat. Turut disediakan ialah tandas awam dan juga bilik mandi.


Dewan Tertutup (D'impian Muar & D'impian Parit Raja)
Sebuah dewan serbaguna tertutup berkeluasan 70 kaki x 40 kaki didirikan bagi mengadakan pelbagai majlis seperti seminar, kursus, ceramah dan pelbagai aktiviti lain yang dijalankan di D'impian Camp & Homestay. Dewan tertutup berhawa dingin ini juga boleh disewa bagi pelbagai aktiviti pelawat luar bersama-sama chalet dan rumah tetamu. Peralatan yang bakal disediakan seperti sistem PA, projektor kerusi, meja dan sebagainya.

Bilik Seminar
Satu lagi kemudahan yang disediakan di sini adalah 2 bilik seminar yang memuatkan kira-kira 50 orang peserta setiap satunya. bilik serbaguna ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti oleh peserta kem mahupun pengunjung yang datang dengan dikenakan kadar sewaan yang amat berpatutan.

Dewan Makan & Cafe
Selain daripada dataran, D'impain Camp & Homestay juga menyediakan 2 buah dewan makan bagi para peserta dan juga pengunjung untuk menjamu selera. Pihak kafe ini juga menyediakan perkhidmatan pengurusan makanan (catering) kepada setiap program yang diadakan di sini.

Dataran
Syarikat kami juga menyediakan sebuah dataran berumput seluas 20,000 kaki persegi di tapak kem motivasi ini untuk pelbagai kegiatan luar seperti kawad, perhimpunan, aktiviti luaran seperti senamrobik, tapak perkhemahan dan lain-lain lagi.

Selain itu juga, dataran ini juga berfungsi sebagai sebuah gelanggang terbuka bagi aktiviti sukan seperti bola sepak, futsal, gelanggang silat dan pelbagai aktiviti sukan lain.

Di atas dataran ini juga akan diadakan persembahan kebudayaan yang menampilkan pelbagai jenis kesenian dan kebudayaan seperti tarian, nyanyian, lakonan dan sebagainya.

Pondok Wakaf

Pondok wakaf yang menampilkan ciri-ciri senibina bumbung rumah Melayu Johor berfungsi sebagai tempat bagi kemudahan untuk berehat selepas penat berekreasi di samping sebagai tempat perbincangan bagi aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi program motivasi pelajar-pelajar yang mengikut program motivasi.

Tapak Perkhemahan
Camp ini juga menyediakan tapak perkhemahan khusus kepada mereka yang meminati aktiviti perkemahan seperti ketika musim cuti sekolah, hujung minggu ataupun pada bila-bila masa yang sesuai.