Saturday, October 23, 2010

Pengenalan


Rangkaian D'impian Group


Pengarah urusan D'impian Resort & Training Centre, puan Zawiyah Saimin dan suami






D'impian Resort & Training Centre (Muar) adalah salah satu rangkaian perniagaan D'impian Group yang juga menjalankan jenis perkhidmatan perhotelan dan penginapan di beberapa lokasi iaitu di D'impian inn (Batu Pahat) dan D'impian Inn (Shah Alam). Dengan wujudnya tempat ini akan menambah satu lagi tarikan pelancongan terkini di Daerah Muar yang lebih
tepat lagi di pekan Parit Jawa.




Terletak kira-kira 30 minit dari susur keluar Lebuhraya Tangkak dan kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Muar, tempat ini menjanjikan satu pengalaman yang menyeronokkan dengan kedudukan yang jauh dari keriuhan dan kesibukan kota, ianya mewujudkan ketenangan dan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi, berkursus, seminar, aktiviti keluarga dan agro-pelancongan menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung.

Latarbelakang

D'impian Resort & Training Centre merupakan sebuah perniagaan yang ditubuhkan di Malaysia dan beralamat di Lot 3842B, Parit Kassim, 84000, Parit Jawa, Muar, Johor. (MPJ-392). Syarikat ini didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beroperasi sekitar Daerah Muar, Batu Pahat, Air Hitam dan Segamat, Johor secara khusus dan seluruh Malaysia secara umumnya.

Syarikat ini secara khususnya mengendalikan perniagaan berasaskan perkhidmatan fisiliti dan pelancongan. Pihak syarikat sememangnya komited dan serius dalam memberi perkhidmatan yang terbaik setelah membekalkan perkhidmatan dan produk-produk kepada pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan orang perseorangan.
Penubuhan DRTC ini juga menunjukkan bahawa kami juga telah bersedia untuk menghadapi arus globalisasi dan seterusnya membimbing tenaga baru khususnya tenaga professional dan para graduan dari universiti bagi tujuan sebagai generasi pelapis untuk masa hadapan.

Berbekalkan gabungan tenaga ini, kami yakin bahawa kami mampu untuk menyaingi syarikat-syarikat gergasi dan juga syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing dan bukan bumiputera.
Melalui profil ini, kami berharap agar ia dapat memberikan serba sedikit maklumat sebagai asas dalam mengenali operasi yang kami jalankan dan dengan pengalaman serta gabungan kepakaran yang kami ada, kami berasa optimis bagi menawarkan perkhidmatan kami mengikut kepuasan semua pelanggan yang terdiri daripada pelbagai peringkat.




Cerita D'impian di dalam akhbar


Pakej


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t



PAKEJ PROMOSI D'IMPIAN GROUP :: LINK 

Pakej Motivasi 

Pakej Pelajar Sekolah**
Harga :  RM45.00 seorang
Penginapan : Dorm / Chalet
Makan/Minum : 6 x Sehari :
(2x Sarapan Pagi, 1 x Makan Tengahari, 1x Minum Petang, 1x Makan Malam & 1x Minum Malam)
Kemudahan : Surau, Dewan Terbuka, Dewan Tertutup, Pondok Wakaf, Bilik Air
Bilangan Peserta : Minimum 50 orang / maksimum 250 orang

Pakej Pelajar IPT**
Harga :  RM55.00 seorang
Penginapan : Dorm / Chalet
Makan/Minum : 6 x Sehari :
(2x Sarapan Pagi, 1 x Makan Tengahari, 1x Minum Petang, 1x Makan Malam & 1x Minum Malam)
Kemudahan : Surau, Dewan Terbuka, Dewan Tertutup, Pondok Wakaf, Bilik Air
Bilangan Peserta : Minimum 50 orang / maksimum 150 orang

Pakej Koparat
Harga : RM 80.00 - RM90.00 seorang
Penginapan : Hotel
Makan/Minum : 6 x Sehari :
(2x Sarapan Pagi, 1 x Makan Tengahari, 1x Minum Petang, 1x Makan Malam & 1x Minum Malam)
Kemudahan : Surau, Dewan Terbuka, Dewan Tertutup, Pondok Wakaf, Bilik Air
Bilangan Peserta : Minimum 50 orang / maksimum 150 orang

Pakej Camping 



Terdapat 2 tapak perkhemahan yang mampu menampung 300 orang. Lengkap dengan khemah, bekalan air dan tandas juga tempat untuk memasak. Sesuai untuk institusi-institusi pengajian, sekolah, kolej yang menganjurkan program untuk melatih peserta-peserta dengan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain.


PAKEJ CAMPING A

Khemah disediakan.
4X makan sehari.             
( Sarapan, makan tghr, minum ptng & makan malam )   
Kemudahan elektrik ke kawasan khemah            
Tandas.Dewan Terbuka. PA System. Surau         
Wakaf. Kolam Mandi.Kemudahan Rekreasi
         
Min Peserta adalah 35 orang

HARGANYA :: RM40 / SEORANG

PAKEJ PILIHAN RAMAI  

( 3 Hari 2 Malam )            
* Min peserta 40 orang ke atas - Wajib  
Biasa Harga RM90           
Khemah disediakan. 10 X makan sepanjang kursus.
( Sarapan pagi ,makan tengahari, minum petang,             
makan malam dan minum malam )         
Kemudahan elektrik ke kawasan khemah            
Tandas.Dewan Terbuka dan tertutup. PA System.
Surau   
Wakaf. Kolam Mandi.Kemudahan Rekreasi       

HARGANYA :: RM80 / SEORANG   




Info :: Jika anda membawa khamah sendiri dan mempunyai program sendiri termasuk memasak dan motivasi, anda boleh mendapat harga yang lebih murah. boleh berbincang dengan pegawai kami. peserta haruslah lebih dari 50 orang.


Kursus Mesyuarat dan Jamuan

Ramai antara pengunjung serta pelanggan Hetol D'Impian Inn dan D'impian resort & Training Centre (DRTC) yang tak tahu yang kami sebenarnya menyediakan perkhidmatan pengurusan acara (event management). Pihak kami mampu menyediakan perkhidmatan untuk kenduri kahwin, majlis jamuan makan, majlis hari jadi, dan sebagainya.




Terdapat beberapa jenis dewan yang disediakan mengikut kesesuaian majlis dan jumlah peserta:

1. PAKEJ PENGUNAAN DEWAN KECIL KAPASITI (30 ORQNG)
i) Pakej Penggunaan 1/2 hari
(9.00am - 1.00pm / 2.00pm - 6.00am)
- RM 25 per orang (min 15 org)
- 1 x sarapan pagi / tea break (coffee / tea dengan 2 snack)
- PA System
- Projektor
- Layar putih
- White board & flip chart
- Air mineral





ii) Pakej 1 Hari Penuh
(9.00am - 5.00pm / 5.00pm - 11.00pm)
- RM 50 per orang (min 15 org)
- 1 x sarapan pagi / minum pagi (coffee / tea dengan 2 snack)
- 1 x minum petang / minum malam ( coffee / tea dengan 2 snack)
- 1 x makan tengahari / makan malam
- PA System
- Projektor
- Skrin putih
- White board / flip board
- air mineral

2. PAKEJ DEWAN TERATAI (KAPASITI 100 -150 ORANG)
i) Pakej 1/2 hari(9.00am - 1.00pm / 2.00pm - 6.00pm)
RM 30 per orang
- 1 x sarapan pagi / minum pagi (coffee / tea dengan 2 snack)
- 1 x makan tengahari / minum petang (coffee / tea dengan 2 snack)
- PA System
- Projektor
- Skrin putih
- White board / flip chart
- Air mineral









ii) Pakej 1 hari
(9.00am - 5.00pm / 5.00pm - 11.00pm)
RM 55 per orang
- 1 x sarapan pagi / minum pagi (coffee / tea dengan 2 snack)
- 1 x supper (coffee / tea dengan 2 snack)
- 1 makan tengahari / 1 makan malam
- PA System
- Projektor
- Skrin putih
- White board / flip chart
- Air mineral



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak pengurusan hotel atau kopitiam:
- Tel : 06-9872757 / 07 453 2744 / 454 1744
- Faxs :07 454 5224
- Emel:dimpianresort@gmail.com atau dimpian_inn@yahoo.com

INFO PAKEJ MOTIVASI D'IMPIAN GROUP

Kem Kepimpinan , Kem Team Building dan Kem Motivasi pelajar

HARGA :: 

Pakej Sekolah Rendah dan sekolah Menengah 

Pakej A :: RM45/SEORANG UNTUK DUA HARI SATU MALAM (Penginapan Dorm + Makanan ) + RM1500 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej B :: RM40/SEORANG UNTUK DUA HARI SATU MALAM (Penginapan khamah + Makanan ) + RM1500  (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej C :: RM90/SEORANG UNTUK TIGA HARI DUA MALAM (Penginapan Dorm + Makanan ) + RM2500 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej D :: RM80/SEORANG UNTUK TIGA HARI DUA MALAM (Penginapan Khamah + Makanan ) + RM2500 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej IPT / Kolej / Universiti

Pakej I :: RM55/SEORANG UNTUK DUA HARI SATU MALAM (Penginapan Dorm + Makanan ) + RM1500 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej II :: RM50/SEORANG UNTUK DUA HARI SATU MALAM (Penginapan khamah + Makanan ) + RM1500  (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej III :: RM110/SEORANG UNTUK TIGA HARI DUA MALAM (Penginapan Dorm + Makanan ) + RM3000 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej IV :: RM100/SEORANG UNTUK TIGA HARI DUA MALAM (Penginapan Khamah + Makanan ) + RM3000 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Bagi pakej motivasi ini,hanya 3 modul ( Dewasa dan Pelajar ) disediakan oleh pihak D'IMPIAN GROUP iaitu modul kepimpinan, modul team building dan modul motivasi pelajar. Pihak anda boleh memilih salah satu modul yang di tawarkan oleh kami. Setiap modul hanya fokus kepada satu elemen kursus bagi mencapai objektif kursus yang dianjurkan. 

Contoh kem kepimpinan. Sepanjang 3 hari 2 malam, program akan tertumpu kepada elemen kepimpinan sahaja.Ia sesuai untuk mereka yang bergelar ketua sesuatu organisasi, pemegang jawatan khas, pengawas sekolah, ketua - ketua pasukan dan lain - lain lagi. Bagi modul kepimpinan dan modul motivasi pelajar pengisian kursus adalah 50% indoor dan 50% adalah outdoor manakala modul team building pula kami lebih tertumpu kepada 30% indoor dan 70% outdoor.


Min Penyertaan mestilah 40 orang ke atas. Sekiranya bawah dari 40 orang, maka harga lumsum untuk 40 orang akan dikira walaupun 10 orang.

Pakej asas yang terkandung bagi modul ini ialah :
- Berlangsung selama 3 hari 2 malam
- Penginapan peserta adalah khemah
- Makan 4x sehari -
2x minum petang, 2x makan malam,2x sarapan pagi dan 2x makan tengahari
- Pengisian program dan pengurusan peserta, kami yang handle.
- Modul dan tentatif program kami sediakan.
- Fasilitator jemputan ( mengikut jenis modul ) dan jurulatih profesional .
- Peralatan LDK kami sediakan.
- Pengkuliah agama
- Kem komandan sekiranya peserta lebih 80 orang.
- Peralatan aktiviti outdoor / indoor

* Sekiranya ingin menambah waktu makan minum peserta. sila maklumkan pada kami.

Pakej ini TIDAK MELIPUTI :
Insurans , sijil, alat tulis,buku nota, tanda nama, fail kursus dan keperluan peserta.Sekiranya memerlukan bahan - bahan ini kecuali insuran sila maklumkan pada kami untuk berbincang mengenai harga.
.
Waktu pendaftaran Chalet dan Kursus
Check In : 3 PM
Check Out : 1 PM


MAKLUMAT :



* Pakej di atas adalah untuk Min 35 orang ke atas. Manakala Pakej C & D tiada syarat jumlah peserta.


* Pakej di atas adalah sebagai rujukan, namun sekiranya ada penambahan dan pengurangan dari apa yang di sediakan, maka pihak anda boleh berbincang dengan kami berkenaan harga tersebut.


* Sekiranya memerlukan tenaga Penceramah / Jurulatih / Fasilitator untuk sesuatu program / slot khas. Pihak tuan bolehlah berbincang dengan kami kerana kami memang mempunyai fasilitator dan Jurulatih yang terlatih.


* Insurans peserta tidak termasuk dalam pakej - pakej yang di tawarkan.


* Katering daripada pihak luar TIDAK DIBENARKAN. Oleh itu anda diminta untuk menggunakan kemudahan penyediaan makanan yang terdapat di BerhuluCamp.


SYARAT MASAK SENDIRI !!


* Kebanyakan pusat latihan tidak membenarkan memasak di kawasan mereka disebabkan masalah kotor. Namun D'IMPIAN memberi kelonggaran untuk penganjur / peserta memasak sendiri di kawasan kem dengan bersyarat. Oleh itu Berhulu Camp mengenakan Cas Deposit RM100 setiap group bagi memastikan kebersihan selepas tamat perkhemahan terjamin.
.
Di ingatkan setiap pelanggan yang datang untuk pakej masak sendiri, mereka akan dikenakan bayaran RM100. Bayaran hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran di pejabat. Apapun deposit ini akan di pulangkan semula selepas pihak BerhuluCamp berpuas hati setelah pelanggan / peserta membersihkan kawasan dapur / masak dan tapak perkhemahan. Ini termasuk memastikan pihak penganjur program membuang segala baki sampah ke tempat pembuangan sampah khas yang di sediakan di berhulucamp.Sila rujuk kepada penyelia kem.

Pondok Masak juga ada disediakan. Ia berhampiran dengan tapak perkhemahan. Sesuai untuk dijadikan tempat memasak dan menyimpan barang - barang masakan serta alat memasak.Di sini juga ada di sediakan singki air untuk membasuh dan para untuk memasak. Bagi yang memasak sandiri, digalakkan menyewa pondok masak ini .Sehari adalah RM30. Sekiranya memerlukan dapur dan tong gas pula , anda juga boleh menyewa dengan kami dengan kadar RM60 sekali pinjam.


TEMPAHAN:


* Tempahan bersertakan wang deposit SAHAJA dikira SAH dan comfirm. Selagi deposit tidak di bayar, maka tempahan anda tidak di ambil kira. Deposit hendaklah di buat dengan kadar segera agar kem tersebut dapat di tempah lebih awal oleh pihak anda. Apapun ia bergantung siapa cepat dia dapat.Bagi pembayaran LO ( Local Order ) , cas 3% di kenakan.Sila maklumkan kepada kami semasa memohon surat sebutharga sekiranya pembayaran anda adalah menggunakan LO.


* Seandainya anda Membatal Tempahan di saat akhir iaitu 2 minggu (14 hari ) sebelum tarikh program maka duit deposit tidak akan di pulangkan.


TAWARAN ISTIMEWA

* Bagi tempahan 100 orang keatas , diskaun akan di beri bagi pakej - pakej di atas.Sila berbincang dengan pihak kem.

Persembahan kumpulan

Kembara Bakau





Aktiviti

Pakej Perkahwinan, Hari Keluarga, Mesyuarat Agung
Selain kursus motivasi dan seminar, kami juga menyediakan tempat bagi majlis-majlis perkahwinan, hari keluarga (family day) serta mesyuarat dengan pakej serta tawaran harga menarik serta kemudahan seperti dewan terbuka dan tertutup yang sangat selesa dengan chalet-chalet eksekutif untuk disewa.

Persembahan Pentas Kebudayaan
Persembahan Pentas Kebudayaan adalah bagi memperkenalkan para pengunjung dengan tradisi dan budaya setempat yang terkenal seperti tarian asli, zapin, ghazal, demonstrasi silat, permainan kompang, gasing, congkak. Persembahan serta demonstrasi ini akan diselitkan bersama-sama pakej yang kami tawarkan bagi para pengunjung serta pelancong dalam dan luar negara.

Melawat Dusun, Perkampungan Nelayan, Industri IKS, Sawah Padi
Pakej bagi aktiviti melawat dusun, perkampungan nelayan serta industri IKS serta sawah padi dilakukan bertujuan memperkenal serta mempromosi kehidupan ala kampung terutamanya kepada pelancong luar serta pelajar dari bandar yang belum pernah merasai bagaimana kehidupan serta aktiviti penduduk di kawasan luar bandar terutamanya di kampung-kampung. Pakej ini disediakan kepada sesiapa yang berminat


Melawat perusahaan membuat kompang di Parit Jawa

IKS membuat mee siput terkenal di sini


Dusun durian Bukit, Parit Jawa


Sawah Padi di Semerah berhampiran Parit Jawa

Perkampungan nelayan pantai leka, Parit jawa, Muar

Kemudahan

60 Unit Bilik Penginapan


Eksekutif (D'impian Inn, Parit Raja)
Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih Master Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman.

Bilik berhawa dingin
LCD TV
Wifi
Bar mini/Peti sejuk
Cerek
Air panas/sejuk
Seterika/papan
Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
Bantal dan selimut tambahan
Kain batik dan kain pelikat

Chalet Non-Eksekutif (D'impian Muar)
Terdapat 10 unit Chalet Non-Eksekutif yang disediakan. Setiap chalet (2 bilik)boleh memuatkan 8 orang pada satu-satu masa. Setiap chalet juga dilengkapi dengan katil single dan kipas. Setiap chalet juga disediakan bilik air yang berjubin untuk keselesaan penginap.

Dormitori
Dormitori atau bilik asrama juga disediakan kepada pengunjung atau peserta yang datang secara dalam jumlah yang ramai. Dormitori ini boleh menampung kira-kira 25 orang dalam satu-satu masa dan amat sesuai bagi mereka yang datang secara berkumpulan dan mempunyai aktiviti yang padat. Turut disediakan ialah tandas awam dan juga bilik mandi.


Dewan Tertutup (D'impian Muar & D'impian Parit Raja)
Sebuah dewan serbaguna tertutup berkeluasan 70 kaki x 40 kaki didirikan bagi mengadakan pelbagai majlis seperti seminar, kursus, ceramah dan pelbagai aktiviti lain yang dijalankan di D'impian Camp & Homestay. Dewan tertutup berhawa dingin ini juga boleh disewa bagi pelbagai aktiviti pelawat luar bersama-sama chalet dan rumah tetamu. Peralatan yang bakal disediakan seperti sistem PA, projektor kerusi, meja dan sebagainya.

Bilik Seminar
Satu lagi kemudahan yang disediakan di sini adalah 2 bilik seminar yang memuatkan kira-kira 50 orang peserta setiap satunya. bilik serbaguna ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti oleh peserta kem mahupun pengunjung yang datang dengan dikenakan kadar sewaan yang amat berpatutan.

Dewan Makan & Cafe
Selain daripada dataran, D'impain Camp & Homestay juga menyediakan 2 buah dewan makan bagi para peserta dan juga pengunjung untuk menjamu selera. Pihak kafe ini juga menyediakan perkhidmatan pengurusan makanan (catering) kepada setiap program yang diadakan di sini.

Dataran
Syarikat kami juga menyediakan sebuah dataran berumput seluas 20,000 kaki persegi di tapak kem motivasi ini untuk pelbagai kegiatan luar seperti kawad, perhimpunan, aktiviti luaran seperti senamrobik, tapak perkhemahan dan lain-lain lagi.

Selain itu juga, dataran ini juga berfungsi sebagai sebuah gelanggang terbuka bagi aktiviti sukan seperti bola sepak, futsal, gelanggang silat dan pelbagai aktiviti sukan lain.

Di atas dataran ini juga akan diadakan persembahan kebudayaan yang menampilkan pelbagai jenis kesenian dan kebudayaan seperti tarian, nyanyian, lakonan dan sebagainya.

Pondok Wakaf

Pondok wakaf yang menampilkan ciri-ciri senibina bumbung rumah Melayu Johor berfungsi sebagai tempat bagi kemudahan untuk berehat selepas penat berekreasi di samping sebagai tempat perbincangan bagi aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi program motivasi pelajar-pelajar yang mengikut program motivasi.

Tapak Perkhemahan
Camp ini juga menyediakan tapak perkhemahan khusus kepada mereka yang meminati aktiviti perkemahan seperti ketika musim cuti sekolah, hujung minggu ataupun pada bila-bila masa yang sesuai.