Tuesday, October 11, 2022

Dua program serentak pada 29 September hingga 1 Oktober 2022.


Satu program motivasi khas untuk pelajar di sekolah-sekolah FELDA. Kali ini kami bersama SMK Felda Palong Timur melibatkan seramai 75 pelajar tingkatan 6 dan tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2022. Aktiviti bermula dari jam 0900H hingga 1600H.
Satu lagi adalah program Perkhemahan Unit Beruniform selama 3 hari 2 malam dari SMK Bandar Putra Segamat yang melibatkan seramai 74 peserta. Alhamdulillah, program tamat dengan jayanya. Terima kasih pada para guru-guru terutama Puan Pengetua dan pelajar yang terlibat.
Setiap program yang dijalankan oleh kami ada sedikit perbezaan 'flow' antara satu sama lain. Sebagai contoh, kem kepimpinan ada perbezaan dengan kem jati diri. Kami amat teliti dengan pemilihan aktiviti.
Jika ada sekolah yang berminat untuk menyertai kem kepimpinan, jati diri, motivasi, unit beruniform dan seminar motivasi diri, anda boleh hubungi kami segera untuk pertanyaan lanjut.
Razman Bin Rahmad
Penyelaras Program
D'impian Training & Consultancy
0149695452