Friday, February 20, 2015

Bersama Tuan Hairuz Faizi memberi motivasi Pelajar di DRTC





Sahabat saya menulis

"

Hidup ini adalah pilihan..

Saya mula berniaga di Pasaraya Besar (Hypermarket) sejak tahun 1999 lagi. Selepas Bisnes komputer, peralatan pejabat & printing saya 'bungkus' akibat dari kegawatan ekonomi pada tahun 1997/98.

Selepas ini juga saya berhijrah ke Ibu Kota Kuala Lumpur untuk mencuba nasib. Saya mula menyewa kiosk di pusat-pusat membeli-belah. Carrefour Subang Jaya, Mydin Klang, Carrefour Wangsa Maju, Ampang Park, TESCO Mutiara Damansara, Giant Kelana Jaya dan banyak lagi. Berjemur di bawah terik matahari Pasar pagi Stadium Shah Alam tu perkara biasa.

Produk? Apa saja produk yang menguntungkan saya jual. Ubat anti serangga, brooch, cd pelajaran, beg dan terakhir sekali saya menjual Gel Pen.

Pelbagai tanggapan masyarakat dengan pekerjaan saya ini. Ada yang memuji, kerana saya berusaha berniaga tanpa meminta-minta. Tak kurang juga yang mengeji kerana kerja ni tiada masa depan. Apapun tanggapan mereka, itu hak mereka. Saya melakukannya untuk diri saya, demi menyara kehidupan serta menyelesaikan masalah orang.

Tidak dinafikan, berniaga kecil-kecilan begini ada untung dan ruginya. Ada ketikanya untung bersih menjangkau RM1,000 sehari dan ada ketikanya duit poket sendiri kena keluar untuk membayar sewa.


Yang PALING MAHAL yang saya dapat di sini adalah pengalaman. Priceless.. Terlalu banyak.. Saya berurusan dengan ramai orang, dari pelbagai peringkat.


Dari saya menjalankan business berjuta setahun hanya dari rumah (bisnes komputer, peralatan pejabat & printing) hingga ke bisness jalanan.


Pengalaman ini mendewasakan saya, memudahkan hidup saya serta membuatkan saya lebih bersyukur dengan setiap apa yang saya ada..



Saya melakukannya dengan gembira..


"

Dia Pernah Gagal dan kini dia telah berjaya. Kini Income dia 10,000 sebulan. Dia Berkongsikan bersama pelajar .