Friday, August 26, 2011

Kemudahan yang disediakan


D'impian Resort & Training Centre (DRTC) menawarkan pakej menarik untuk didiami oleh mereka yang ingin merasai kesegaran serta keindahan dan cabaran alam semulajadi. Villa dan Chalet untuk percutian yang menyenangkan dan tapak perkhemahan untuk yang gemarkan penginapan yang mencabar. Kemudahan untuk aktiviti outdoor dan indoor serta hiburan seperti sesi berkaraoke turut disediakan mengikut permintaan.


Penginapan

Terdapat 4 jenis penginapan yang disediakan disini iaitu Villa, Chalet, Drom dan berkhemah.

1. Villa D'impian




Standard Room - Single dan Twin (RM80)

Family Standard (RM115)

Villa D'impian ini adalah sebuah banglo yang mempunyai 6 buah bilik dengan 6 bilik air didalamnya. Banglo ini dilengkapi ruang tamu, ruang dapur, ruang rehat menonton TV siaran Astro, ruang makan dan cukup selesa untuk tujuan penginapan yang mewah tapi berada disuasana kampung. Villa ini disewakan kepada sesiapa yang memerlukan penginapan dan mempunyai perniagaan di sekitar bandar Muar dan pekan Parit Jawa. Ia juga sesuai pada kumpulan yang ramai seperti bertandang atau menghantar pengantin, rombongan sekolah dan IPT dan lain-lain tujuan. Jika resort ini memjalankan kursus motivasi atau kursus-kursus lain, villa ini dicadangkan untuk dijadikan tempat penginapan peserta atau urusetia kursus.

Kemudahan Villa 

- Bilik yang luas
- Air Conditions
- Coffee Table
- Television
- Bilik air dengan water heater.

2. Drom @ Asrama

Untuk kumpulan yang besar, terdapat 1 blok asrama yang boleh menampung ramai peserta.




Dorm peserta kursus
Loting tingkat 3

Tandas bersih dan selesa untuk peserta

Penginapan peserta


Siapa yang belum pernah mempunyai pengalaman bermalam di loting, mereka boleh merasai pengalaman di sini.



Terdapat 2 tapak perkhemahan yang mampu menampung 300 orang. Lengkap dengan khemah, bekalan air dan tandas juga tempat untuk memasak. Sesuai untuk institusi-institusi pengajian, sekolah, kolej yang menganjurkan program untuk melatih peserta-peserta dengan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain.

Gelanggang Permainan

Gelanggang permainan berkonkrit dan besar ini sesuai untuk pelbagai sukan seperti bola tampar, latihan kawad kaki dan aktiviti sukaneka.

Dewan Seminar

DEWAN

Sebuah buah dewan yang lengkap dengan OHP, P.A. sistem dan kemudahan audio yang lain. Kapasiti bilik seminar ini adalah antara 120 hingga 150 peserta pada satu-satu masa. Ia juga bergantung susunan kerusi dan maja sesuatu seminar tersebut. Bilik ini di lengkapi "sound system", OHP dan kemudahan-kemudahan yang biasa terdapat di bilik-bilik seminar di hotel-hotel lain. Kadar sewaan bilik ini untuk separuh hari (9:00 pagi-1:00 th @ 2:00 ptg - 6:00 ptg) adalah RM 500.00 dan RM 700.00 untuk Sehari (9:00pagi - 5 ptg @ 5 ptg - 11:00 malam)



Wakaf dan surau

Terdapat beberapa buah wakaf sebagai tempat untuk berehat sambil menikmati suasana sekeliling dan juga untuk sesi perbincangan. Surau juga disediakan untuk peserta berkursus.

Dewan Makan

Terdapat sebuah dewan makan terbuka yang menyajikan makanan kampung. Jenis makanan yang diperlukan boleh dibincangkan dengan chef bagi kumpulan yang besar. Selain masakan melayu, masakan vegetarian boleh disediakan atas permintaan. Makanan disediakan secara pakej 5 kali sehari. Pengunjung boleh membeli-belah kedai yang menjual makanan dan minuman ringan serta keperluan latihan seperti sabun, berus gigi dan lain-lain. Terdapat juga cenderamata dijual di kedai tersebut.

D'SHOP


Kedai kecil menjual beberapa kelangkapan untuk para peserta.


Monday, August 22, 2011

Perunding Motivasi




Laman web ini adalah khas kepada semua individu dan seluruh warga Malaysia yang memerlukan atau berminat menyertai pelbagai program yang kami jalankan. Pihak kami juga menawarkan pelbagai kursus dan juga bengkel yang terbuka kepada semua peringkat umur. Mudah-mudahan laman web ini akan menjadi satu medan dan pusat sehenti untuk sumber maklumat dan keperluan masyarakat di Malaysia yang cintakan ilmu.


Program-program lain berbentuk kemahiran juga turut dijalankan oleh D'impian melalui kerjasama pihak-pihak tertentu. Justeru itu luangkan masa anda untuk melihat perkhidmatan-perkhidmatan berkualiti yang kami tawarkan. Apa yang anda perlukan mungkin ‘ada’ di sini.

Jika anda mahukan detial untuk perundingan motivasi kami boleh klik ' link ' disini 

Perunding


Coach Baharuddin Mohamed
Berpengalaman dalam memberi motivasi, pernah berpengalaman menjadi seorang pensyarah dan kini menjadi pengarah urusan kepada beberapa syarikat dengan palbagai jenis bidang perniagaan.
Pengasas D'impian Group yang juga giat dalam aktiviti motivasi



Bersama iron lady malaysia Datuk Dr. Maznah Hamid

Mengendalikan kursus semangat berpasukan JKR Negeri Sembilan

Bersama motivater terkenal Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Pengendali kursus keusahawanan terkenal Abang Abu

website @ blog :: Baharuddin Mohamed 

Ustazah Zawiyah Saimin
Berpengalaman sebagai seorang guru sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pengarah Urusan kepada lima syarikat dibawah D'impian Group. Pemegang ijazah pengajian islam dan diploma pendidikan beliau juga sering dijemput menyampaikan motivasi kepada para pelajar sekolah dan IPTA.











Perkhidmatan Perundingan Motivasi







  • Kem Motivasi Pelajar
  • Kem Solat
  • Bengkel pepereksaan UPSR / SRP / SPM / STPM
  • Bengkel Smart Study
  • Kem Kepimpinan pelajar
  • Kem kepimpinan organisasi
  • Motivasi perniagaan
  • Motivasi semangat berpasukan
  • Motivasi Jati Diri
  • survival camp



  • Objektif Perkhidmatan

    1. Menjadi pemangkin atau one stop centre kepada ibu bapa, murid dan pelajar, kaunselor, guru dan masyarakat berkaitan dengan konsultansi pelajar terutama yang berkaitan dengan kerohanian, akhlak, fizikal dan potensi diri.
    2. Menyediakan asas pembangunan modal insan dan pembelajaran dari sudut bengkel dan kursus intensif dengan lebih kreatif dan berkesan.
    3. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan ilmu dalam pelbagai bidang dan pendidikan yang berterusan tanpa menghadkan umur.
    4. Memperkasakan nilai mulia dan jati diri dari sudut hubungan kemanusiaan dan kekeluargaan.
    5. Merangsang pemikiran ke arah budaya perniagaan berasaskan perkhidmatan dengan ciri-ciri Islamik.

    Senarai kem yang boleh dikendalikan oleh kami :: 

    1. TEAMBUILDING 

    2. MENYINGKAP POTENSI DIRI

    3. MOTIVASI PEMBANGUNAN USAHAWAN

    4. KECEMERLANGAN PENYELIAAN 

    5. “TRAIN THE TRAINER”

    6. KECEMERLANGAN PERHUBUNGAN PELANGGAN

    7. TRANSFORMASI BUDAYA KERJA CEMERLANG

    8. TOTAL QUALITI MANAGEMENT (TQM)

    9. AMALAN 5 S DALAM PEKERJAAN

    10. KEPIMPINAN DAN PEMBINAAN INSAN

    11. AKTIVITI KEMBARA DAN MENDAKI GUNUNG

    12. KECEMERLANGAN PELAJAR – MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR

    13. PERKHEMAHAN TAHUNAN SEKOLAH

    14. SMART ENGLISH

    Sunday, August 21, 2011

    Penginapan: Pengalaman berkhemah

    Penginapan: Pengalaman berkhemah



    Terdapat 2 tapak perkhemahan yang mampu menampung 300 orang. Lengkap dengan khemah, bekalan air dan tandas, dewan terbuka dan juga tempat untuk memasak. Sesuai untuk sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian yang menganjurkan program untuk melatih peserta-peserta dengan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain.

    Penginapan : Villa D'impian


    Villa D'impian

    Villa D'impian ini adalah sebuah banglo yang mempunyai 6 buah bilik dengan 3 bilik air didalamnya. Banglo ini dilengkapi ruang tamu, ruang dapur, ruang rehat menonton TV, ruang makan dan cukup selesa untuk tujuan penginapan yang mewah tapi berada disuasana kampung. Villa ini disewakan kepada sesiapa yang memerlukan penginapan dan mempunyai perniagaan di sekitar bandar Muar dan pekan Parit Jawa.

    Ia juga sesuai pada kumpulan yang ramai seperti bertandang atau menghantar pengantin, rombongan sekolah dan IPT dan lain-lain tujuan. Villa D'impian ini disewa dengan harga RM350.00 semalam (Promosi pembukaan sehingga Dec 2011, Villa ini hanya disewa dengan harga RM98.00 Sahaja). Ia juga boleh disewa mengikut bilik dengan harga RM100.00 semalam.

    Jika resort ini memjalankan kursus motivasi atau kursus-kursus lain, villa ini dicadangkan untuk dijadikan tempat penginapan peserta atau urusetia kursus. Dibawah terdapat beberapa gambar suasana dalam Villa D'impian. Sila hubungi En Sallehuddin Hamdan : 017-6981060 @ 07-4532744





    Pintu utama D'impian Villa.



    Keadaan di bilik, jumlah katil di rumah ini adalah 20 buah.



    Ruang rehat yang luas dan selesa

    Promosi Hebat





    Khas buat sekolah-sekolah yang mencari pakej motivasi murah. Kami menyediakan pakej termurah untuk anda semua. Pekej 2 hari 1 malam ini termasuk

    • Jurulatih dan urusetia yang berpengalaman
    • Penginapan : berkhemah
    • Banyak aktiviti outdoor 
    • Makan lima kali
    • Dewan indoor, surau dan dewan terbuka
    Harga bagi pakej ini adalah RM79 sahaja. Minimum pelajar adalah 40 orang, jika pelajar bawah 40 orang kami akan kenakan harga yang sama. 

    Pakej ini akan berakhir pada 30 April 2016 Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi ustazah zawiyah di talian 019-7778431 atan cik yasmin pada talian 06-9875727 dalam waktu pejabat. 


    Promosi Pakej Kem Bajet 2016 3 hari 2 alam

    Harga biasa bagi pakej ini adalah RM180 seorang. Kami menawarkan anda hanya dengan harga RM97 sahaja untuk 3 hari 2 malam. Ini termasuk

    • Tiga orang jurulatih yang terlatih dan berpengalaman 
    • Termasuk modul motivasi 
    •  Penginapan : Berkhemah 
    •  Peralatan indoor dan outdoor kami sediakan
    •  Dewan dan surau disediakan 
    •  Makanan : 
      • Sarapan 2 kali
      • Makan tengah hari 2 kali
      • Makan malam 2 kali
      • Minum malam 2 kali 

    Pakej ini akan berakhir pada 30 April 2016. Pakej ini adalah sangat berpatutan termasuk jurulatih, penginapan dan makanan sepanjang program. Program dan pakej ini hanya dijalankan di D'impian Country Resort, Muar sahaja. Minimum peserta adalah 40 orang untuk pakej ini . Anda boleh hubungi 019-7778431 / 06-9875727 (waktu pejabat).

    Alamat
    D'impian Country Resort
    234, Kampung Sungai Belukang
    83600, Semerah, Muar,
    Johor









    Pakej perkhidmatan yang ditawarkan ::
    1. Harga yang ditawarkan bagi pakej kursus diantara RM 45 - RM60 sehari bergantung kepada menu yang diminta untuk seorang peserta tidak termasuk pengendalian modul.

    Pakej modul
    2. Bagi pengendalian modul, bayaran sebanyak RM1,500 sehari dikenakan bagi kumpulan tidak melebihi 50 orang pesert. Tambahan peserta dikenakansebanyak RM15 seorang untuk sehari.





    Mencari homestay dgn suasana kampung di sekitar Semerah dan Sungai Balang, anda boleh mencuba di D'impian Homestay cawangan Sg. Resik, Muar. Berhampiran Kolam Air Panas. Hubungi En Azrin : 0176921789

    Promosi tahun 2012
    Sebarang pertanyaan boleh menghubungi staf pengurus D'impian Resort & Training Centre Puan Zawiyah Saimin atau pengurus pemasaran En. Akmal di talian 07-453 2744 @ 07-454 1744 @ En Sallehuddin Hamdan 017-6981060.


    Selain kemudahan penginapan hotel di Shah Alam dan Batu Pahat, D'Impian Group turut menyediakan perkhidmatan homestay yang beroperasi di Pekan Parit Jawa, Muar, Johor.

    Fasiliti yang disediakan di D'Impian Homestay:
    - rumah banglo 2 tingkat
    - 6 bilik tidur
    - Ruang tamu yang besar dan luas

    kemudahan lain:
    - sebuah dewan seminar yang mampu memuatkan 200 orang
    - 2 buah dewan seminar yang bersaiz sederhana yang mampu memuatkan 40 orang

    Kemudahan sekitar:
    - 5 minit dari Pekan Parit Jawa
    - 15 minit dari Pusat Bandar Muar
    - suasana kampung yang mengasyikkan
    - sesuai untuk mencari ketenangan dan merasai cara hidup di kampung.

    JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENIKMATI KEINDAHAN KAMPUNG YANG MENDAMAIKAN DAN MENGASYIKKAN...

    hanya dengan RM 98/malamuntuk maklumat tambahan sila layari laman D'Impian Homestay dan laman facebook D'IMPIAN HOMESTAY


    Berita D'impian Group di Akhbar





    Wednesday, August 17, 2011

    Majlis di DRTC

    Selain dari kem motivasi dan penginapan, DRTC juga boleh dijadikan tempat untuk beberapa majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, jamuan akhir tahun, jamuan perpisahan, majlis persaraan, kursus-kursus, hari keluarga dan berbagai lagi majlis. Kami di D'impian Group adalah sangat berpengalaman mengatur dan mengendalikan majlis-majlis seperti yang dikehendaki oleh pelanggan kami. Anda boleh melayari beberapa contoh event yang telah kami jalankan sama ada di D'impian Inn Parit Raja atau di DRTC di web foto d'impian.

    Badut juga boleh dijemput bila sambutan hari jadi

    Sambutan hari jadi 


    Majlis perkhawinan di DRTC

    Majlis perkhawinan di D'impian Resort & Training Centre


    Majlis makan seperti persaraan, Majlis hari jadi dan lain-lain


    Majlis Perkahwinan



    Sewaan Dewan untuk perbagai kursus.



    Pakej Kursus Motivasi, Perkahwinan, Hari Keluarga, Mesyuarat Agung

    Selain kursus motivasi dan seminar, kami juga menyediakan tempat bagi majlis-majlis perkahwinan, hari keluarga (family day) serta mesyuarat dengan pakej serta tawaran harga menarik serta kemudahan seperti dewan terbuka dan tertutup yang sangat selesa dengan chalet-chalet eksekutif untuk disewa.

    Persembahan Pentas Kebudayaan

    Persembahan Pentas Kebudayaan adalah bagi memperkenalkan para pengunjung dengan tradisi dan budaya setempat yang terkenal seperti tarian asli, zapin, ghazal, demonstrasi silat, permainan kompang, gasing, congkak. Persembahan serta demonstrasi ini akan diselitkan bersama-sama pakej yang kami tawarkan bagi para pengunjung serta pelancong dalam dan luar negara.


    Pengurus acara
    Ramai antara pengunjung serta pelanggan DRTC yang tak tahu yang kami sebenarnya menyediakan perkhidmatan pengurusan acara (event management). Pihak kami mampu menyediakan perkhidmatan untuk kenduri kahwin, majlis jamuan makan, majlis hari jadi, dan sebagainya.




    Terdapat beberapa jenis dewan yang disediakan mengikut kesesuaian majlis dan jumlah peserta:

    1. PAKEJ EVENT
    i) Pakej Penggunaan 1/2 hari
    (9.00am - 1.00pm / 2.00pm - 6.00am)
    - RM 25 per orang (min 15 org)
    - 1 x sarapan pagi / tea break (coffee / tea dengan 2 snack)
    - PA System
    - Projektor
    - Layar putih
    - White board & flip chart
    - Air mineral





    ii) Pakej 1 Hari Penuh
    (9.00am - 5.00pm / 5.00pm - 11.00pm)
    - RM 50 per orang (min 15 org)
    - 1 x sarapan pagi / minum pagi (coffee / tea dengan 2 snack)
    - 1 x minum petang / minum malam ( coffee / tea dengan 2 snack)
    - 1 x makan tengahari / makan malam
    - PA System
    - Projektor
    - Skrin putih
    - White board / flip board
    - air mineral















    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak pengurusan hotel atau kopitiam:
    - Update setiap majlis yang diadakan di hotel ini boleh ke laman web D'impian Cafe
    - Gambar-gambar boleh didapati di web foto d'impian inn
    Tel : 606-9872757 @ 019-7778431 / 07 453 2744
    - Faxs :07 454 5224
    - Emel:dimpian_inn@yahoo.com



    Lokasi DRTC, Muar










    Lot 3842B, Parit Kassim, 84000,
    Parit Jawa, Muar, Johor. (MPJ-392)
    Tel : 06-9872757 / 019-7778431 / 013-7999415 / 607-4532744
    Email :: dimpianresort@gmail.com atau dimpian_inn@yahoo.com

    Tempat-tempat menarik di sekitar DRTC


    Parit Jawa
    Suatu petang yang tenang dan damai di D'impian Resort & Training Centre

    Dalam pentadbiran Muar, Parit Jawa adalah daerah yang termasuk dalam jajahan Muar. Dalam tahun 1886, Muar dan Kesang diletakkan di bawah pentadbiran Residen Ungku Sulaiman Daud, daerah Parit Jawa pula ditadbirkan oleh Penolong Residen. Parit Jawa terkenal dengan pengeluaran kelapa dan pinang.

    Nama 'Parit Jawa' itu dikatakan berasal dari parit yang digali oleh orang-orang Jawa yang berasal dari kepulauan Jawa, Indonesia. Pada mulanya Parit Jawa terletak di tepi Pantai Leka tetapi ia telah dipindahkan kira-kira setengah kilometer dari pantai pada tahun 1916 kerana kawasan asal tersebut sering dilanda ombak laut Selat Melaka.

    Kampung nelayan

    Suasana pantai leka di parit jawa

    Kewujudan Parit Jawa ada dinyatakan di dalam "Hikayat Pelayaran Munsyi Abdullah" oleh Muhammad Ibrahim Munsyi semasa kedatangan beliau pada 6 April 1871 tetapi ketika itu Parit Jawa dikatakan dikenali sebagai 'Kampung Baru'. 'Kampung Baru' dibuka di antara tahun 1860 hingga 1870 oleh Haji Jabar Madjati (kini terdapat sebuah jalan di Parit Jawa yang mengabadikan nama beliau) dengan pengikut beliau yang seramai 40 orang yang kebanyakannya lelaki dan beberapa pahlawan. Kumpulan tersebut yang disertai pembantu dan pahlawan terdiri daripada Haji Shamsuri, Haji Amir, Said Demak dan Haji Samad serta diketuai oleh Haji Jabbar sendiri. Kumpulan itu yang belayar di Selat Melaka tertarik dengan pantai Parit Jawa yang cantik dan mempunyai pokok-pokok yang menarik.

    Haji Jabbar dan beberapa orangnya dikatakan turun dahulu dari bot. Selepas tiga hari tiga malam, Haji Jabbar memanggil mereka yang berada di dalam bot untuk mendarat setelah beliau memastikan kawasan tersebut selamat untuk diduduki. Haji Jabbar dan orang-orangnya berusaha membangunkan Parit Jawa dengan menanam tebu, pisang, nanas, sayur-sayuran dan buah-buahan. Hasil semula jadi yang terdapat di situ tidak sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi juga turut dihantar ke tempat lain terutama gambir, lada hitam, lada putih, kelapa dan lain-lain. Selain itu mereka juga menjadi nelayan selain menjadi pedagang. Hasil usaha Haji Jabbar dan rakan-rakan, Parit Jawa atau ketika itu 'Kampung Baru' menjadi terkenal dan menarik bukan sahaja penduduk Jawa tetapi juga penduduk dari Tanah Besar China. Penduduk China yang berhijrah ke Parit Jawa menjadi nelayan dan pelombong bijih.

    Sumber asli di Parit Jawa pada tahun 1871 adalah bijih timah dan diketika itu pelombong memperolehi 194 pikul bijih timah. Cukai bijih timah 10 peratus telah dikutip oleh wakil Sultan Johor iaitu Ungku Abdul Rahman dan dilabel sebagai 'Timah Padang Johor'.

    Di kawasan persisir pantai, orang-orang Hokkien Cina menjadi nelayan dan peniaga. Mereka menjual ikan kepada peladang dan pelombong. Mereka juga membuat 'ikan kering' dan menjualnya ke Melaka dan Singapura.

    Apabila Bandar Maharani Muar dibuka pada tahun 1884, kawasan hutan dari Parit Jawa ke Bandar Maharani dibuka dan menjadi kawasan perladangan. Untuk mengangkut hasil semulajadi dan penduduk, Kerajaan Bandar Maharani telah menyediakan landasan keretapi 'MSR' atau 'Muar State Railway' dari Parit Jawa ke Parit Sungai Pulai. Pada tahun 1890 Parit Jawa menjadi stesyen keretapi terbesar di Muar. Ketika itu landasan bermula dari Jalan Sulaiman di Bandar Maharani hingga ke Parit Jawa sebelum dipanjangkan hingga ke Sungai Pulai.

    Stesyen Tetap ialah Bandar Maharani Muar, Parit Bakar, Parit Jawa, Parit Pechah dan Parit Pulai manakala stesyen sementara ialah Parit Perupok, Parit Kurma, Parit Raja, Parit Unas, Parit Samsu, Parit Jamil, Parit Bulat dan Parit Seri Menanti. Pada tahun 1908, Muar State Railway diketuai oleh Encik Mohd. Taib Abdullah yang menggantikan J.C. Campbell. Pada tahun 1927 pengangkutan penumpang telah dihentikan akibat kerugian yang ditanggung oleh syarikat tersebut. MSR hanya digunakan untuk mengangkut batu-batuan untuk membuat jalan sahaja yang diambil dari kuari Bukit Mor. Kini keretapi MSR di Muar hanya menjadi nostalgia dan kenangan kerana perkhidmatan tersebut telah pun dihentikan. Malah sebahagian besar jalan keretapi tersebut kini telah ditukarkan menjadi jalan raya dan diberi nama Jalan Abdul Rahman.

    Asam pedas, makanan yang sangat terkenal di sini : video
    Mee bandung kegemaran semua

    Durian tembaga merah, Antara yang menarik di Muar dan Parit Jawa adalah buah-buahan tempatan. DRTC mempunyai dusun buah-buahan seperti buah durian, rambutan, nangka, pulasan dan cempedak.