Kem Kepimpinan Pemimpian Sekolah 2023
SMK Dato'Ahmad Arshad, Batu Anam, Segamat.
17 - 19 Ogos, 2023
Seramai 80 pelajar terdiri dari barisan pemimpi pelajar, mewakili pelbagai Persatuan, Kelab dan Unit Beruniform menjalani Program Perkhemahan Kepimpinan Kokurikulum selama 3 hari 2 malam di Dimpian Agro Farm.
Sesuai dengan kehendak dan objektif dari Guru Penyelaras, banyaklah aktiviti yang berkaitan dengan kepimpinan telah dilaksanakan sepanjang program. Selain untuk membuka minda pelajar sekolah ini mengenai konsep kepimpinan, mereka turut ditekankan mengenai bab pengurusan masa, critical thinking, kerjasama dan setiakawan.
Kebanyakan aktiviti berkonsepkan gamification, tetapi sesi refleksi lah yang amat penting sebenarnya. Kalau tidak, jadilah aktiviti tu macam sukaneka sahaja. Dari aktiviti Alien delight, Parlimen DTC, Lilin Cikgu, Kelapa Emas hinggalah Bola S. Semuanya ada kena mengena mengenai kepimpinan. Segala pengalaman saya selama 8 tahun di PLKN sebagai Jurulatih telah saya gunakan untuk create program ini. Kelainan dari segi methadologi dan aktiviti menjadi fokus saya.
Salah satu cabaran bila kita buat program dengan sekolah ini adalah tahap atau level sekolah tersebut. Sekolah kampung dan sekolah dari bandar, lain peelnya. Sekolah asrama harian dan sekolah berasrama penuh pun lain penerimaan mereka. Kena atur strategi dengan baik supaya apa yang kita ingin sampaikan, mereka faham dan terima dengan baik.
Misi kita sebagai motivator adalah untuk membuka mindblock peserta, menyedarkan mereka mengenai potensi diri mereka dan create bounding bersama mereka. Bak kata Tsun Zu, know your enemy. Konsep seperti inilah yang saya gunakan kerana saya perlu 'kenal' mereka, faham apa kelemahan dan kelebihan mereka.
Banyak potensi budak Batu Anam ini. Jika di asah betul2 bakat kepimpinam mereka, tidak mustahil sekolah ni boleh pergi jauh.
Terima kasih pada Coach Bahar dan Tim Fasie. Terima kasih juga pada Cikgu Safura Kaunselor SMK Dato' Ahmad Arshad, Pengetua, GPK HEM dan Koko serta guru pengiring.
Ok Next!!!!