Sunday, September 10, 2023

Kem Kepimpian SMK Kayu Ara Pasong Pontian

 All Hail KAYRO!!!


Sekolah yang mempunyai potensi besar

Sekolah yang mempunyai bakal pemimpin berkaliber






Tidak mustahil sekolah ini akan menjadi sekolah yang hebat satu hari nanti. Kini semua bergantung pada pelajar mereka. Sejauh mana mereka sanggup untuk menerokai potensi diri mereka dan menyahut cabaran. 


Dari 6 hingga 8 September, pelbagai aktiviti mereka lalui. Baik aktiviti melibatkan keyakinan diri, kerjasama, komunikasi, critical thinking, problem solution dan bermacam macam lagi.


Antara aktiviti yang mereka jalankan sepanjang 3 hari adalah ;


Sungai Acid

Bola Berapi

Parlimen DTC

Kelas Survival

Kelas Kompas

Lilin Cikgu

Latihan Kawad Kaki

7S To Success 


Hingga kita berjumpa lagi KAYRO! Kerana kami akan menguji anda setingkat lagi.

Sunday, August 20, 2023

Kem Kepimpinan SMK Dato'Ahmad Arshad, Batu Anam, Segamat.

Kem Kepimpinan Pemimpian Sekolah 2023

 SMK Dato'Ahmad Arshad, Batu Anam, Segamat. 


17 - 19 Ogos, 2023



Seramai 80 pelajar terdiri dari barisan pemimpi pelajar, mewakili pelbagai Persatuan, Kelab dan Unit Beruniform menjalani Program Perkhemahan Kepimpinan Kokurikulum selama 3 hari 2 malam di Dimpian Agro Farm. 








Sesuai dengan kehendak dan objektif dari Guru Penyelaras, banyaklah aktiviti yang berkaitan dengan kepimpinan telah dilaksanakan sepanjang program. Selain untuk membuka minda pelajar sekolah ini mengenai konsep kepimpinan, mereka turut ditekankan mengenai bab pengurusan masa, critical thinking, kerjasama dan setiakawan. 


Kebanyakan aktiviti berkonsepkan gamification, tetapi sesi refleksi lah yang amat penting sebenarnya. Kalau tidak, jadilah aktiviti tu macam sukaneka sahaja. Dari aktiviti Alien delight, Parlimen DTC, Lilin Cikgu, Kelapa Emas hinggalah Bola S. Semuanya ada kena mengena mengenai kepimpinan. Segala pengalaman saya selama 8 tahun di PLKN sebagai Jurulatih telah saya gunakan untuk create program ini. Kelainan dari segi methadologi dan aktiviti menjadi fokus saya. 


Salah satu cabaran bila kita buat program dengan sekolah ini adalah tahap atau level sekolah tersebut. Sekolah kampung dan sekolah dari bandar, lain peelnya. Sekolah asrama harian dan sekolah berasrama penuh pun lain penerimaan mereka. Kena atur strategi dengan baik supaya apa yang kita ingin sampaikan, mereka faham dan terima dengan baik. 


Misi kita sebagai motivator adalah untuk membuka mindblock peserta, menyedarkan mereka mengenai potensi diri mereka dan create bounding bersama mereka. Bak kata Tsun Zu, know your enemy. Konsep seperti inilah yang saya gunakan kerana saya perlu 'kenal' mereka, faham apa kelemahan dan kelebihan mereka.


Banyak potensi budak Batu Anam ini. Jika di asah betul2  bakat kepimpinam mereka, tidak mustahil sekolah ni boleh pergi jauh. 



Terima kasih pada Coach Bahar dan Tim Fasie. Terima kasih juga pada Cikgu Safura Kaunselor SMK Dato' Ahmad Arshad, Pengetua, GPK HEM dan Koko serta guru pengiring. 


Ok Next!!!!

Saturday, August 12, 2023

Kem Motivasi Parit Bilal Batu Pahat

 Kem Motivasi SK Parit Bilal Batu Pahat 


Alhamdulilah telah berlangsung kem motivasi SK Parit Bilal dengan jayanya di Dimpian Agro Farm pada 10, 11


dan 12 Ogos 2023 yang lepas. Terima kasih buat sahabat team yang turut menjayakan program ini. 


Dimpian Agro Farm menawarkan tempat latihan dan kem motivasi yang berlatarbelakangkan suasana agro dan berada di ketenangan kampung. Kami boleh menerima lebih 150 orang pelajar pada satu-satu masa. 



Dari segi modul, kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang training dan motivasi. Kami boleh sediakan modul latihan motivasi yang mantap bagi sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT. 



Jemput wasap kami 


http://wasap.my/60149695452/perkhemahansekolah