Monday, October 14, 2013

INFO PAKEJ MOTIVASI D'IMPIAN GROUP

INFO PAKEJ MOTIVASI D'IMPIAN GROUP

Kem Kepimpinan , Kem Team Building dan Kem Motivasi pelajar

HARGA :: 

Pakej Sekolah Rendah dan sekolah Menengah 

Pakej A :: RM45/SEORANG UNTUK DUA HARI SATU MALAM (Penginapan Dorm + Makanan ) + RM1500 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej B :: RM40/SEORANG UNTUK DUA HARI SATU MALAM (Penginapan khamah + Makanan ) + RM1500  (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej C :: RM90/SEORANG UNTUK TIGA HARI DUA MALAM (Penginapan Dorm + Makanan ) + RM2500 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej D :: RM80/SEORANG UNTUK TIGA HARI DUA MALAM (Penginapan Khamah + Makanan ) + RM2500 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej IPT / Kolej / Universiti

Pakej I :: RM55/SEORANG UNTUK DUA HARI SATU MALAM (Penginapan Dorm + Makanan ) + RM1500 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej II :: RM50/SEORANG UNTUK DUA HARI SATU MALAM (Penginapan khamah + Makanan ) + RM1500  (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej III :: RM110/SEORANG UNTUK TIGA HARI DUA MALAM (Penginapan Dorm + Makanan ) + RM3000 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Pakej IV :: RM100/SEORANG UNTUK TIGA HARI DUA MALAM (Penginapan Khamah + Makanan ) + RM3000 (Urusetia , perunding dan Fasilitator dari D'impian) 

Bagi pakej motivasi ini,hanya 3 modul ( Dewasa dan Pelajar ) disediakan oleh pihak D'IMPIAN GROUP iaitu modul kepimpinan, modul team building dan modul motivasi pelajar. Pihak anda boleh memilih salah satu modul yang di tawarkan oleh kami. Setiap modul hanya fokus kepada satu elemen kursus bagi mencapai objektif kursus yang dianjurkan. 

Contoh kem kepimpinan. Sepanjang 3 hari 2 malam, program akan tertumpu kepada elemen kepimpinan sahaja.Ia sesuai untuk mereka yang bergelar ketua sesuatu organisasi, pemegang jawatan khas, pengawas sekolah, ketua - ketua pasukan dan lain - lain lagi. Bagi modul kepimpinan dan modul motivasi pelajar pengisian kursus adalah 50% indoor dan 50% adalah outdoor manakala modul team building pula kami lebih tertumpu kepada 30% indoor dan 70% outdoor.


Min Penyertaan mestilah 40 orang ke atas. Sekiranya bawah dari 40 orang, maka harga lumsum untuk 40 orang akan dikira walaupun 10 orang.

Pakej asas yang terkandung bagi modul ini ialah :
- Berlangsung selama 3 hari 2 malam
- Penginapan peserta adalah khemah
- Makan 4x sehari -
2x minum petang, 2x makan malam,2x sarapan pagi dan 2x makan tengahari
- Pengisian program dan pengurusan peserta, kami yang handle.
- Modul dan tentatif program kami sediakan.
- Fasilitator jemputan ( mengikut jenis modul ) dan jurulatih profesional .
- Peralatan LDK kami sediakan.
- Pengkuliah agama
- Kem komandan sekiranya peserta lebih 80 orang.
- Peralatan aktiviti outdoor / indoor

* Sekiranya ingin menambah waktu makan minum peserta. sila maklumkan pada kami.

Pakej ini TIDAK MELIPUTI :
Insurans , sijil, alat tulis,buku nota, tanda nama, fail kursus dan keperluan peserta.Sekiranya memerlukan bahan - bahan ini kecuali insuran sila maklumkan pada kami untuk berbincang mengenai harga.
.
Waktu pendaftaran Chalet dan Kursus
Check In : 3 PM
Check Out : 1 PM


MAKLUMAT :



* Pakej di atas adalah untuk Min 35 orang ke atas. Manakala Pakej C & D tiada syarat jumlah peserta.


* Pakej di atas adalah sebagai rujukan, namun sekiranya ada penambahan dan pengurangan dari apa yang di sediakan, maka pihak anda boleh berbincang dengan kami berkenaan harga tersebut.


* Sekiranya memerlukan tenaga Penceramah / Jurulatih / Fasilitator untuk sesuatu program / slot khas. Pihak tuan bolehlah berbincang dengan kami kerana kami memang mempunyai fasilitator dan Jurulatih yang terlatih.


* Insurans peserta tidak termasuk dalam pakej - pakej yang di tawarkan.


* Katering daripada pihak luar TIDAK DIBENARKAN. Oleh itu anda diminta untuk menggunakan kemudahan penyediaan makanan yang terdapat di BerhuluCamp.


SYARAT MASAK SENDIRI !!


* Kebanyakan pusat latihan tidak membenarkan memasak di kawasan mereka disebabkan masalah kotor. Namun D'IMPIAN memberi kelonggaran untuk penganjur / peserta memasak sendiri di kawasan kem dengan bersyarat. Oleh itu Berhulu Camp mengenakan Cas Deposit RM100 setiap group bagi memastikan kebersihan selepas tamat perkhemahan terjamin.
.
Di ingatkan setiap pelanggan yang datang untuk pakej masak sendiri, mereka akan dikenakan bayaran RM100. Bayaran hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran di pejabat. Apapun deposit ini akan di pulangkan semula selepas pihak BerhuluCamp berpuas hati setelah pelanggan / peserta membersihkan kawasan dapur / masak dan tapak perkhemahan. Ini termasuk memastikan pihak penganjur program membuang segala baki sampah ke tempat pembuangan sampah khas yang di sediakan di berhulucamp.Sila rujuk kepada penyelia kem.

Pondok Masak juga ada disediakan. Ia berhampiran dengan tapak perkhemahan. Sesuai untuk dijadikan tempat memasak dan menyimpan barang - barang masakan serta alat memasak.Di sini juga ada di sediakan singki air untuk membasuh dan para untuk memasak. Bagi yang memasak sandiri, digalakkan menyewa pondok masak ini .Sehari adalah RM30. Sekiranya memerlukan dapur dan tong gas pula , anda juga boleh menyewa dengan kami dengan kadar RM60 sekali pinjam.


TEMPAHAN:


* Tempahan bersertakan wang deposit SAHAJA dikira SAH dan comfirm. Selagi deposit tidak di bayar, maka tempahan anda tidak di ambil kira. Deposit hendaklah di buat dengan kadar segera agar kem tersebut dapat di tempah lebih awal oleh pihak anda. Apapun ia bergantung siapa cepat dia dapat.Bagi pembayaran LO ( Local Order ) , cas 3% di kenakan.Sila maklumkan kepada kami semasa memohon surat sebutharga sekiranya pembayaran anda adalah menggunakan LO.


* Seandainya anda Membatal Tempahan di saat akhir iaitu 2 minggu (14 hari ) sebelum tarikh program maka duit deposit tidak akan di pulangkan.


TAWARAN ISTIMEWA

* Bagi tempahan 100 orang keatas , diskaun akan di beri bagi pakej - pakej di atas.Sila berbincang dengan pihak kem.

Persembahan kumpulan

Kembara Bakau






Pakej Camping




Terdapat 2 tapak perkhemahan yang mampu menampung 300 orang. Lengkap dengan khemah, bekalan air dan tandas juga tempat untuk memasak. Sesuai untuk institusi-institusi pengajian, sekolah, kolej yang menganjurkan program untuk melatih peserta-peserta dengan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain.


PAKEJ CAMPING A

Khemah disediakan.
4X makan sehari.             
( Sarapan, makan tghr, minum ptng & makan malam )   
Kemudahan elektrik ke kawasan khemah            
Tandas.Dewan Terbuka. PA System. Surau         
Wakaf. Kolam Mandi.Kemudahan Rekreasi
         
Min Peserta adalah 35 orang

HARGANYA :: RM40 / SEORANG

PAKEJ PILIHAN RAMAI  

( 3 Hari 2 Malam )            
* Min peserta 40 orang ke atas - Wajib  
Biasa Harga RM90           
Khemah disediakan. 10 X makan sepanjang kursus.
( Sarapan pagi ,makan tengahari, minum petang,             
makan malam dan minum malam )         
Kemudahan elektrik ke kawasan khemah            
Tandas.Dewan Terbuka dan tertutup. PA System.
Surau   
Wakaf. Kolam Mandi.Kemudahan Rekreasi       

HARGANYA :: RM80 / SEORANG   






Pusat Latihan dan Rekreasi D'impian Group

Adakah anda mencari - cari tempat untuk mengadakan kursus atau menjalankan aktiviti perkhemahan dengan budjet yang rendah dan terbaik?. Kalau betul.Pusat Latihan dan Rekreasi D'impian Group adalah jawapannya. Anda pasti seronok dan teruja apabila berada di sini kerana pengalaman kami lebih 5 tahun dalam bidang motivasi dan perkhemahan mengetahui kehendak anda.

Pelbagai kemudahan di sediakan bagi memudahkan anda menjalankan sebarang xtvt kursus malahan ia juga di buka untuk anda yang ingin bercuti ala kampung atau pun bercadang mengadakan Hari Keluarga . Semoga anda berpuas hati dengan khidmat yang di berikan oleh kami. Jom jumpa di Pusat Latihan dan Rekreasi D'impian .  Kami Sentiasa Menantikan Kedatangan Anda !.

Pusat Latihan dan Rekreasi D'impian Group sebenarnya mempunyai dua resort iaitu D'impian Resort & Training Centre di Parit Kassim, Muar dan D'impian Country Resort, Sungai Belukang, Muar Johor. 

D'impian Resort & Training Centre, Parit Kassim, Muar





Terletak kira-kira 30 minit dari susur keluar Lebuhraya Tangkak dan kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Muar, tempat ini menjanjikan satu pengalaman yang menyeronokkan dengan kedudukan yang jauh dari keriuhan dan kesibukan kota, ianya mewujudkan ketenangan dan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi, berkursus, seminar, aktiviti keluarga dan agro-pelancongan menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung.

Latarbelakang

D'impian Resort & Training Centre merupakan sebuah perniagaan yang ditubuhkan di Malaysia dan beralamat di Lot 3842B, Parit Kassim, 84000, Parit Jawa, Muar, Johor. (MPJ-392). Syarikat ini didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beroperasi sekitar Daerah Muar, Batu Pahat, Air Hitam dan Segamat, Johor secara khusus dan seluruh Malaysia secara umumnya.

Syarikat ini secara khususnya mengendalikan perniagaan berasaskan perkhidmatan fisiliti dan pelancongan. Pihak syarikat sememangnya komited dan serius dalam memberi perkhidmatan yang terbaik setelah membekalkan perkhidmatan dan produk-produk kepada pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Penubuhan DRTC ini juga menunjukkan bahawa kami juga telah bersedia untuk menghadapi arus globalisasi dan seterusnya membimbing tenaga baru khususnya tenaga professional dan para graduan dari universiti bagi tujuan sebagai generasi pelapis untuk masa hadapan.

Berbekalkan gabungan tenaga ini, kami yakin bahawa kami mampu untuk menyaingi syarikat-syarikat gergasi dan juga syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing dan bukan bumiputera.

Melalui profil ini, kami berharap agar ia dapat memberikan serba sedikit maklumat sebagai asas dalam mengenali operasi yang kami jalankan dan dengan pengalaman serta gabungan kepakaran yang kami ada, kami berasa optimis bagi menawarkan perkhidmatan kami mengikut kepuasan semua pelanggan yang terdiri daripada pelbagai peringkat.

D'impian Country Resort, Kg. Sg. Belukang, Muar

Blog bergambar :: http://dimpiancountryresort.blogspot.com/



D'impian County Resort adalah pusat latihan dan rekreasi yang meliputi 11 ekar keluasan tanah dengan suasana kampung yang tenang dan damai. Resort ini hanya 10 KM dari DRTC yang terletak di Kg Sg Belukang Muar.

Oleh itu kami mengalu - alukan kedatangan anda ke D'impian County Resort di Muar, Johor. Kem Bina Semangat ini menyediakan tapak perkhemahan , tempat berkursus atau seminar, padang kawad untuk xtvt badan beruniform, percutian keluarga ala kampung, pakej Hari Keluarga ( Family Day ), tempat mesyuarat, majlis keramaian, menganjurkan kem motivasi dan kecemerlangan pelajar serta pusat rekreasi.

Pusat Latihan dan Rekreasi D'impian Country Resort menakjubkan kerana terletak di dalam dusun buah - buahan dan tambahan pula ia di kelilingi dengan suasana alam hutan semulajadi yang mendamaikan. Sekiranya musim buah - buahan pula , pastikan buah durian tidak jatuh pada anda kerana kem ini mempunyai pelbagai jenis pokok buah - buahan .

Yang bestnya juga cemp ini memang terkenal di daerah ni dengan jolokan Kg Pesta Musim Buah - Buahan bila tiba musimnya. Bagi anda yang " Gila Pancing " pula jangan lepaskan peluang kerana berhampiran kem terdapat pantai pasir panjang di kampung sungai pilai muar. Kem ini juga terletak berdekatan dengan beberapa pusat tumpuan perlancongan iaitu kolam air panas sungai resik. 

Sunday, October 13, 2013

12-14 Okt : Sek. Men. Felcra Bukit Kepong di D'impian Country Resort

Para peserta dalam persembahan berkumpulan 

12-13 Okt 2013 :: KEM PRA-U SEK MEN KEB SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH 1, PAGOH.

Seramai 70 orang peserta menyertai kem motivasi kali ini

Kembara hutan bakau

Antara halangan yang harus ditempuhi

Rintangan berhalang 

Latihan kebakaran bersama pasukan BOMBA

Wednesday, October 9, 2013

Rombongan pelajar dari Kulai

Kami juga menerima kunjungan dari rombongan sekolah-sekolah. kami bawa mereka sekitar kampung seperti contoh di kolam air panas, kilang kompang dan kami sediakan persembahan silat dan persembahan dari pendudukan kampung. sungguh meriah




Kem Motivasi Jati Diri SMK Dato' Seth Yong Peng di D'Impian Resort & Training Center, Muar.


October 2013 :: KEM REMAJA SAKINAH YPK JOHOR BERSAMA SMK RAJA MUDA.






Kem motivasi Sek Keb Jorak 27 dan 28 sep 2013





Kemudahan :: D'Shop

Di Resort ini juga ada kedai kecil (D'SHOP) yang menjual beberapa kelengkapan untuk peserta yang menjalankan camp di sini.





Kolam Ikan :: Suasana Suasana tenang, santai dan damai di DRTC

Di DRTC ada kolam ikan emas 
Ikan berenang-renang