Menawarkan beberapa jenis bilik serendah RM 60.00 (semak jenis dan harga bilik di sini), Kami juga ada menyediakan penginapan villa pada mereka yang mahukan keselesaan dengan mempunyai 6 bilik serta dilengkapi dengan ruang tamu yang selesa bagi pelanggan yang mempunyai keluarga. Sangat sesuai untuk kumpulan yang besar seperti rombongan pengantin dan kumpulan pelajar sekolah dan IPT. Terdapat juga penginapan murah berkonsepkan dorm.
2) Majlis Perkahwinan di DRTC
Menerima tempahan majlis perkahwinan dan pertunangan termasuk pakej penginapan rombongan pengantin, khemah, makanan, dewan berhawa dingin dan lain-lain kemudahan. Kami sangat berpengalaman dalam mengendalikan majlis mengikut kehendak pelanggan kami. Pakej yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan serendah RM8.00 seorang.
Web foto majlis perkahwinan 3) Majlis Korporat, Jamuan, Majlis Persaraan, Hari Keluarga dan Seminar
Kapasiti bilik seminar ini adalah antara 120 hingga 150 peserta pada satu-satu masa. Ia juga bergantung susunan kerusi dan maja sesuatu seminar tersebut. Bilik ini adalah bilik yang terbesar yang terdapat di DRTC. Bilik ini di lengkapi "sound system", OHP dan kemudahan-kemudahan yang biasa terdapat di bilik-bilik seminar di hotel-hotel lain. Kadar sewaan bilik ini untuk separuh hari (9:00 pagi-1:00 th @ 2:00 ptg - 6:00 ptg) adalah RM 500.00 dan RM 700.00 untuk Sehari (9:00pagi - 5 ptg @ 5 ptg - 11:00 malam). Majlis tersebut juga boleh disusun bersama pakej makan dan penginapan. Anda boleh melayari foto web d'impian utk gambar lain. Bagi mengetahui harga pakej majlis korporat dan seminar, anda boleh ke web majlis di DRTC.
4) Kem Motivasi dan Latihan
DRTC adalah tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti kem motivasi dengan kemudahan yang disediakan seperti kemudahan outdoor, dewan, surau, pakej kembara bakau, kami yakin ia akan menjadi tempat yang sesuai dan menjadi kenangan sampai bila-bila.Anda boleh melayari web kursus-kursus terbaru dan banyak lagi gambar kem motivasi di web foto DRTC. Disamping itu juga kami juga ada menawarkan pakej Agrotourism untuk mereka yang ingin melalui pengalaman kampung.