Terdapat beberapa aktiviti yang dicadangkan boleh dijalankan di DRTC, Muar. ia terbahagi kepada 'Indoor aktiviti' dan 'Outdoor aktiviti' terpulang kepada kesesuaian progrem yang dijalankan.
Jungle tracking 'Paya Bakau' @ kembara
Peserta menjalani kembara hutan bakau
Kelebihan di D'impian Resort & Traning Centre adalah berhampiran dengan laut dan pantai paya bakau. Kawasan yang di gunakan untuk latihan kembara adalah hutan paya bakau yang berhampiran. Peserta akan dibawa menyusuri denai, hutan bakau, pantai dan dusun yang mengambil masa diantara 2-3 jam. Semangat kerjasama, toleransi dan kesabaran peserta perlu pada diri setiap peserta. Anda boleh melihat pelbagai jenis pokok, haiwan dan serangga yang berada di sepanjang perjalanan kembara.
Aktiviti berkayak di sungai
Aktiviti laluan berhalang
Terdapat beberapa halangan disediakan untuk kemudahan kursus motivasi.
Aktiviti Berbasikal
Melawat Dusun, Perkampungan Nelayan, Industri IKS, Sawah Padi
Pakej bagi aktiviti melawat dusun, perkampungan nelayan serta industri IKS serta sawah padi dilakukan bertujuan memperkenal serta mempromosi kehidupan ala kampung terutamanya kepada pelancong luar serta pelajar dari bandar yang belum pernah merasai bagaimana kehidupan serta aktiviti penduduk di kawasan luar bandar terutamanya di kampung-kampung. Pakej ini disediakan kepada sesiapa yang berminat
Pasukan Kompang penyambut tetamu
Melawat IKS membuat kompang di Parit jawa
IKS membuat mee siput terkenal di sini
Dusun durian bukit
Menikmati dan melawat kampung nelayan di pantai leka