Tuesday, March 13, 2012

Ragam Peserta DRTC


Aktiviti paintball 
Gambar Aktiviti Paintball

Aktiviti berbasikal
Gambar Aktiviti Berbasikal

Aktiviti Latihan berhalang
Gambar Aktiviti Latihan Berhalang

Aktiviti Lasak
Gambar Aktiviti 
Aktiviti Aktiar Hidup
Gambar Aktiviti

Aktiviti Kembara Bakau
Gambar Aktiviti

Aktiviti Berkayak
Dusun di D'impian Camp
Gambar Aktiviti 

pokok duku di taoak camp

Aktiviti di kampung

Friday, January 6, 2012

"D'impian SURVIVAL Camp" :: Kg Sg. Balang. Muar


Lokasi ::

D'impian SURVIVAL Camp
SKD 10/15
Kampung Sungai Balang Besar,
83610, Semerah, Batu Pahat, Johor.

The objective of setting up this type of training camp is to expose the younger children to natural environment. The type of training camp is held during the school holidays. They are taught, among other things, the following:-

1. Safety and awareness of the environment
2. Love nature and learn to keep the environment clean
3. Develop team-work
4. Create self-confidence
5. Maintain discipline


Kids will learn the proper way in camping, set up camp, learn how to start a fire, cook as well as some basic survival skills in the jungle.

Chelat untuk peserta atau urusetia


D'impian SURVIVAL Camp telah beroperasi hampir 1 tahun. Namun sebelumnya memang terlalu banyak program - program perkhemahan telah dibuat di sini sama ada di peringkat daerah , negeri mahupun kebangsaan semenjak tahun kebelakangan ini. Kawasan ini sangat terkenal untuk melakukan aktiviti perkelahan , perkhemahan, kawat beruniform, kem motivasi, xpdc , merentas hutan dan hari keluarga. Apapun dalam merealisasikan sokongan terhadap pelancongan di Johor maka D'impian Survival Camp telah di tubuhkan bagi membantu menguruskan perjalanan aktiviti - aktiviti perkhemahan dan kem motivasi di kawasan terbabit agar para peserta dapat berkursus dalam keadaan lebih baik dan selesa dibawah D'impian Group dan yang lebih khusus DRTC.

Bersantai disuasana kampung


Antara kemudahan yang terdapat di Camp ialah :

1. Tapak Perkhemahan 200 orang
2. DewanTerbuka
3. Dataran Kawat - 200 orang
4. Surau
5. Dewan Makan
6. Bilik Air / Tandas
7. Padang Bola
8. Chalet
9. Chalet Besar
10. Jeram - Bestnya
11. Kolam Mandi Air Jeram -Sejuknya
12. Set BBQ
13. Set Karaoke
14. Berhampiran Pekan - 1KM
15. Kolam Mancing
16. Kolam Training Rakit
17. Masjid 2.5 km






Berkayak adalah sukan air bagi camp motivasi

Belajar hidup susah, pengalaman yang sangat berharga






PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN


Adakalanya, seseorang atau kumpulan pendakai/penjelajah menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa mengembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang atau Kumpulan itu sesat semasa menjelajah atau exipedisi dalam hutan.


Dalam keadaan sebegini, seseorang harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

a. Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.

b. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.

c. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.

d. Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagat kita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.

e. Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.


KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)

Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa di dalam hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

1. Ubat-Ubatan

(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)

(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )

(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)

(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit

(v). 1 X Tiub krem luka

(vi). Flavin

(vii). 1 X Gulung pembalut luka.

( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastik yang berasingan)


2. Makanan.

(i). 1 X Peket Holicks talets

(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.

(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.


3. Barangan Kegunaan Am.

(i). 5 meter tali

(ii). 5 ela Tali pancing

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (masukan dalam kota mancis yang beserta mancis)

(iv). 1 X pemetik api.

(v). 1 X Batang lilin kecil

(vi). 1 X Kit penapisan air

(vii) 1 X Cermin Kecil

(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.

(ix). 1 X compass kecil

(x). 1 X gergaji dawai

(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek

(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.

Thursday, December 1, 2011

Selamat Datang ::


Kursus yang akan berlangsung di D'impian Resort & Training Centre

Febuari 2012
10, 11 dan 12 Feb 2012 :: Kem Kepimpinan Pengawas, Sek. Men. Agama Parit Raja, Batu Pahat
18, 19 dan 20 Feb 2012 :: Kem Motivasi Sek. Men. Sungai Abong, Muar

March 2012
2, 3 dan 4 March 2012 :: Pekej Jamuan dan Seminar
9, 10 dan 11 March 2012 :: Kem Jati Diri Pelajar Persediaan Diploma UTHM (K1)
16, 17 dan 18 March 2012 :: Kem Bina Semangat Sek. Ren. Agama Parit Jawa
23, 24 dan 25 March 2012 :: Pekej Perkhawinan
30 dan 31 March 2012 :: Kem Motivasi dan kepimpinan Sek. Sri Aman, Batu Pahat

April 2012
6, 7 dan 8 April 2012 :: Kem Jati Diri Pelajar Persediaan Diploma UTHM (K2)
13, 14 dan 15 April 2012 :: Kem Sek. Men. Parit Sulong, Batu Pahat
21, 22 dan 23 April 2012 :: Progrem Motivasi Mahasiswa UTEM, Melaka
28 dan 29 April 2012 :: Progrem Motivasi Sek. Men. Banang Jaya, Batu Pahat

Kursus yang telah berlangsung di D'impian Resort & Training Centre


Saturday, November 12, 2011

Harga Bilik DRTC

Harga dan jenis bilik adalah sama untuk semua rangkaian cawangan D'Impian Group.


1. Standard Room - Single (RM60)



- Sesuai untuk penginapan seorang.
- Bilik air dengan kemudahan water heater.
- Air Conditions.

2. Standard Room - Twin (RM80)

- Sesuai untuk penginapan 2 orang.
- Bilik air dengan kemudahan water heater.
- Air Conditions.

3. Family Standard (RM115)
Jenis bilik ini sesuai untuk 2 orang dengan cukup selesa. Bilik yang besar juga boleh memilih untuk bilik yang mempunyai beberapa katil tetapi dengan harga yang sama.








Harga Bilik :: RM 115.00

- Bilik yang luas
- Air Conditions
- Coffee Table
- Television
- Bilik air dengan water heater.


4. Family Deluxe (RM125)





- Sesuai untuk penginapan 3 - 4 orang.
- Mempunyai 2 bilik dengan berkongsi bilik air
- Bilik air dengan kemudahan water heater.
- Air Conditions.


5. Villa D'impian


Villa D'impian ini adalah sebuah banglo yang mempunyai 6 buah bilik dengan 3 bilik air di dalamnya. Banglo ini di lengkapi ruang tamu, ruang dapur, ruang rehat menonton TV, ruang makan dan cukup selesa untuk tujuan penginapan yang mewah tetapi berada di suasana kampung. Villa ini disewakan kepada sesiapa yang memerlukan penginapan dan mempunyai perniagaan di sekitar bandar Muar dan Pekan Parit Jawa.

Ianya juga sesuai untuk kumpulan yang ramai seperti bertandang atau menghantar pengantin, rombongan sekolah, IPT dan lain-lain tujuan. Villa D'impian ini disewa dengan harga RM450.00 semalam.

Pintu utama D'impian Villa.


Keadaan di bilik, jumlah katil di rumah ini adalah 20 buah.

Ruang rehat yang luas dan selesa


6) Pakej rombongan @ berkumpulan ( RM 19.90 seorang )

Anda mungkin punya kerja atau terlibat dengan lawatan di daerah Muar atau sekitarnya atau juga datang untuk perlawanan sukan, anda boleh memilih tempat kami sebagai penginapan yang murah dan cukup selasa. Untuk mendapatkan pakej ini setiap kumpulan sekolah / IPT perlu lebih daripada 5 orang berkumpulan.

Dorm peserta kursus
Loting tingkat 3

Tandas bersih dan selesa untuk peserta

Penginapan peserta


Sebarang pertanyaan boleh berhubung 0197778431 @ 07-4532744

Wednesday, November 2, 2011

Tapak Perkhemahan


Anda masih tercari-cari tapak untuk berkhemah ? Mengapa tidak menghubungi kami, kami menyediakan tempat yang sesuai untuk anda, harga yang berpatutan, anda tidak menduka sama sekali.

Di bawah kedamaian suasana kampung, dengan udara segar anda amat selesa bermalam di dalam khemah diperkarangan damai desa D'impian Resort & Training Centre, Muar.

Mengapa anda tidak mencubanya, kunjungi kami di sini, jumpa kami di sini kita akan bersama maraikannya.

Tapak perkhemahan, pusat motivasi, penginapan selesa, untuk semua golongan, unit beruniform, pengakap, kadet remaja sekolah (krs) (tkrs), puteri islam, kadet polis.

Hubungi untuk maklumat lanjut

Puan Zawiyah :: 0197778431 @ 074532744

Thursday, September 22, 2011

Kem Motivasi Pelajar Cuti Sekolah

Kem Motivasi Pelajar

Tarikh :: 9,10 & 11 December 2011

Tempat :: D'impian Resort & Training Centre, Muar

Yuran :: RM 300

Hubungi :: D'impian @ En. Akmal @ Syafiq : 07-4532744 @ 07-4541744 @ mybaha76@yahoo.co.uk

KEM INI TELAH BANYAK MENYEDARKAN PELAJAR BERMASALAH DAN MENGINSAFKAN MEREKA SEKALIGUS

Kem Motivasi Diri Pelajar adalah program yang saya rangka sendiri bersama rakan-rakan saya yang betul-betul mahir dan berpengalaman setelah lebih 6 tahun mengendalikan beratus-ratus kem motivasi di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia sebelum ini. Kem Motivasi Diri Pelajar merupakan satu program latihan yang komprehensif dan efisyen. Saya menggunakan konsep latihan secara menyeluruh dan sepenuh masa (total training).

sepanjang program ini dijalankan, potensi diri setiap pelajar akan dibangunkan dan dalam masa yang sama masalah dalam diri pelajar akan dikenalpasti melalui modul-modul program yang telah terbukti berkesan yang akan dilaksanakan di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini.

Pendekatan yang digunakan adalah untuk menggerakkan potensi pelajar dari segi:-

  1. Akal - ke tahap hikmah kebijaksanaan.

  2. Naluri - mengurus naluri ke arah kebaikan.

  3. Anggota - menyerlahkan potensi diri pelajar dari segi akhlak, disiplin serta bersakhsiah mulia.

Sebelum itu, saudara tentu bertanya dengan diri saudara sendiri...

Hebat sangatkah Kem Motivasi Diri Pelajar ini?

Secara jujur saya katakan, teknik yang saya praktikkan di dalam program ini belum pernah digunakan oleh mana-mana pihak. Saya dan rakan-rakan saya sendiri mengkajinya terlebih dahulu berdasarkan pengalaman dan realiti sebenar selama kami berkecimpung di dalam bidang ini. Dan dari semasa ke semasa, kami sentiasa memperbaiki modul-modul program mengikut kesesuaian sekeliling.

Ini kerana saya sentiasa memantau setiap aktiviti program secara keseluruhannya dengan meminta maklumbalas secara telus dari para pelajar yang menyertai Kem Motivasi Diri Pelajar ini.


KEM MOTIVASI DIRI PELAJAR INI 100% TIDAK MENYERUPAI PROGRAM MOTIVASI YANG LAIN.

Apa yang menjadikan kursus ini unik adalah, anak saudara akan terdedah dengan pelbagai ilmu-ilmu hidup yang bermanfaat dan maklumat tentang potensi, kelebihan dan halangan yang ada di dalam diri mereka.

Anak saudara juga akan diajar teknik-teknik berkesan yang praktikal untuk menyelesaikan masalah dan konflik dalam diri mereka. Yang lebih unik, anak saudara juga akan berjumpa dengan urusetia dan fasilitator yang boleh menjiwai diri mereka.

Bukan setakat menjiwai malah bersama-sama berkongsi masalah, berfikiran seperti mereka dan boleh memahami kehendak dan kemahuan mereka.

Mungkin saudara sukar hendak percaya jika saya katakan bahawa tiket kapal terbang untuk kami pulang hampir dikoyakkan oleh peserta program, sewaktu kami mengadakan program kami ini di Sabah. Pelajar tersebut tidak ingin membenarkan kami pulang kerana ingin kami bersama lebih lama dengan mereka walaupun aktiviti program telahpun tamat.


Pernah juga saya menerima kunjungan dari seorang bekas peserta berusia 15 tahun yang datang ke Kuala Lumpur seorang diri, semata-mata untuk bertemu dengan saya. Dan sehingga hari ini, saya masih menerima SMS dari peserta-peserta yang pernah mengikuti program saya sebelum ini. Begitulah gambaran betapa akrabnya kami dengan peserta.

Di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini, saya dan rakan-rakan saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada peserta. Sudah tentu ianya memerlukan kepada kajian yang menyeluruh, pembacaan, penyelidikan dan juga melalui pengalaman kami sendiri.

Secara terus-terang, kelebihan yang bakal diterima oleh peserta di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini adalah :

  • Pelajar sentiasa diawasi 24 jam bermula dari solat Subuh sehinggalah mereka tidur sepanjang kem berlangsung. Keselamatan mereka terjamin.

  • Pelajar akan dilatih oleh urusetia dan fasilitator yang cukup berpengalaman dan terlatih. Saya tidak menggunakan khidmat mereka yang masih baru dalam bidang motivasi ini.

  • Pelajar sama sekali tidak akan berasa bosan. Bahkan mereka akan seronok dengan aktiviti ilmiah, sukan dan keagamaan dalam program ini.

  • Pelajar sentiasa dibimbing secara praktikal dan bukan hanya sekadar mendengar. 95% aktiviti di dalam program ini adalah outdoor dan aktiviti di dalam dewan hanya 5% sahaja.

  • Mempunyai urusetia dan fasilitator yang amat akrab dan sangat disenangi pelajar di samping tegas dalam mendidik.

  • Amalan "Keep In Touch" sentiasa diamalkan dalam program walaupun di luar aturcara program Kem Motivasi Diri Pelajar ini.

Saudara, saya telah mengendali pelbagai kes pelajar bermasalah di Malaysia. Tidak kira seburuk mana sekalipun perangai pelajar tersebut, saya tetap memberi layanan yang sama rata dengan peserta lain. Mendidik dengan sabar dan istiqamah adalah amalan yang sentiasa diamalkan sepanjang program ini.


Program sentiasa dijalankan secara professional. TIADA MENTAL TORTURE.

Adakah...

  • Saudara risau tentang masa depan anak saudara?

  • Anak saudara malas belajar?

  • Saudara rungsing dan pening kepala memikirkan kelakuan anak saudara?

  • Anak saudara langsung tidak mendengar nasihat saudara?

  • Anak saudara pelajar yang bijak dalam akademik tetapi kurang pengetahuan dan kesedaran agama?

  • Anak saudara lemah dalam akademik dan juga kurang kesedaran agama?

  • Anak saudara terlibat dengan gejala sosial?.

Ataupun saudara sendiri sudah berputus asa dengan kelakuan buruk anak saudara. Namun, saya yakin saudara masih berharap untuk mengubah kehidupan anak saudara sendiri. Ibu bapa mana yang tidak inginkan anak mereka sentiasa berjaya dalam hidup.

Jika saudara hampir putus asa dan masih berharap untuk mengubah kehidupan anak saudara, berilah peluang kepada saya pula untuk cuba membantu. InsyaALLAH dengan pengalaman dan kemahiran yang saya ada, saya dapat mengubah dan memberi kesedaran serba-sedikit kepada anak saudara. Boleh dikatakan...

" Saya faham benar mengapa anak saudara jadi begitu. Dan saya tahu bagaimana untuk mengatasinya "

Berilah peluang kepada anak saudara sendiri merasakan kelainan Kem Motivasi Diri Pelajar yang akan mendidik mengikut kesesuaian jiwa mereka sendiri. Mungkin selama ini mereka buntu dan tidak tahu memilih jalan yang betul dalam hidup mereka. Di dalam program ini, saya dan rakan-rakan saya akan sentiasa cuba mendidik dan menunjukkan jalan yang betul kepada mereka secara berhikmah.

Antara pengisian dan pendekatan yang sentiasa diamalkan sepanjang Kem Motivasi Diri Pelajar ini berlangsung ialah :

  • Mengajak peserta mengenal Allah dengan lebih dekat lagi.

  • Memberitahu mereka tentang besarnya pengorbanan ibu dan bapa.

  • Mengamalkan konsep kasih sayang berlandaskan Islam di antara para peserta dengan fasilitator. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda.

  • Wujud Suasana Kekeluargaan - semua peserta adalah seperti berada di dalam satu keluarga.

  • Berlaku adil kepada semua peserta dan tidak ada sifat pilih kasih.

  • Kemesraan antara peserta dengan jurulatih - menggunakan nama panggilan yang biasa digunakan di rumah bagi menambahkan lagi suasana kemesraan.

  • Mengamalkan solat berjemaah di samping mengeratkan hubungan sesama peserta.

  • Jurulatih sentiasa mengambil berat tentang masalah yang ada pada diri setiap peserta.

  • Jurulatih sentiasa mendampingi setiap peserta dan menghiburkan mereka di samping mendidik ke arah kebaikan.

  • Latihan bersifat menyeluruh. Bukan hanya sekadar mendengar ceramah di dewan. Tetapi melibatkan semua aktiviti seperti waktu makan, solat, tidur dan semasa menjalani aktiviti luar.

  • Dan pelbagai lagi.

Sewaktu menghasilkan modul-modul untuk Kem Motivasi Diri Pelajar ini, saya telah mensasarkan target untuk memberi input sebanyak mungkin kepada peserta. Dalam masa yang singkat iaitu selama 4 hari 3 malam, atau 3 hari 2 malam saya cuba menyusun aktiviti-aktiviti menarik kepada para peserta dan dalam masa yang sama memberi pengajaran dan kesedaran yang bermakna dalam diri mereka.

Friday, August 26, 2011

Kemudahan yang disediakan


D'impian Resort & Training Centre (DRTC) menawarkan pakej menarik untuk didiami oleh mereka yang ingin merasai kesegaran serta keindahan dan cabaran alam semulajadi. Villa dan Chalet untuk percutian yang menyenangkan dan tapak perkhemahan untuk yang gemarkan penginapan yang mencabar. Kemudahan untuk aktiviti outdoor dan indoor serta hiburan seperti sesi berkaraoke turut disediakan mengikut permintaan.


Penginapan

Terdapat 4 jenis penginapan yang disediakan disini iaitu Villa, Chalet, Drom dan berkhemah.

1. Villa D'impian




Standard Room - Single dan Twin (RM80)

Family Standard (RM115)

Villa D'impian ini adalah sebuah banglo yang mempunyai 6 buah bilik dengan 6 bilik air didalamnya. Banglo ini dilengkapi ruang tamu, ruang dapur, ruang rehat menonton TV siaran Astro, ruang makan dan cukup selesa untuk tujuan penginapan yang mewah tapi berada disuasana kampung. Villa ini disewakan kepada sesiapa yang memerlukan penginapan dan mempunyai perniagaan di sekitar bandar Muar dan pekan Parit Jawa. Ia juga sesuai pada kumpulan yang ramai seperti bertandang atau menghantar pengantin, rombongan sekolah dan IPT dan lain-lain tujuan. Jika resort ini memjalankan kursus motivasi atau kursus-kursus lain, villa ini dicadangkan untuk dijadikan tempat penginapan peserta atau urusetia kursus.

Kemudahan Villa 

- Bilik yang luas
- Air Conditions
- Coffee Table
- Television
- Bilik air dengan water heater.

2. Drom @ Asrama

Untuk kumpulan yang besar, terdapat 1 blok asrama yang boleh menampung ramai peserta.




Dorm peserta kursus
Loting tingkat 3

Tandas bersih dan selesa untuk peserta

Penginapan peserta


Siapa yang belum pernah mempunyai pengalaman bermalam di loting, mereka boleh merasai pengalaman di sini.



Terdapat 2 tapak perkhemahan yang mampu menampung 300 orang. Lengkap dengan khemah, bekalan air dan tandas juga tempat untuk memasak. Sesuai untuk institusi-institusi pengajian, sekolah, kolej yang menganjurkan program untuk melatih peserta-peserta dengan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain.

Gelanggang Permainan

Gelanggang permainan berkonkrit dan besar ini sesuai untuk pelbagai sukan seperti bola tampar, latihan kawad kaki dan aktiviti sukaneka.

Dewan Seminar

DEWAN

Sebuah buah dewan yang lengkap dengan OHP, P.A. sistem dan kemudahan audio yang lain. Kapasiti bilik seminar ini adalah antara 120 hingga 150 peserta pada satu-satu masa. Ia juga bergantung susunan kerusi dan maja sesuatu seminar tersebut. Bilik ini di lengkapi "sound system", OHP dan kemudahan-kemudahan yang biasa terdapat di bilik-bilik seminar di hotel-hotel lain. Kadar sewaan bilik ini untuk separuh hari (9:00 pagi-1:00 th @ 2:00 ptg - 6:00 ptg) adalah RM 500.00 dan RM 700.00 untuk Sehari (9:00pagi - 5 ptg @ 5 ptg - 11:00 malam)



Wakaf dan surau

Terdapat beberapa buah wakaf sebagai tempat untuk berehat sambil menikmati suasana sekeliling dan juga untuk sesi perbincangan. Surau juga disediakan untuk peserta berkursus.

Dewan Makan

Terdapat sebuah dewan makan terbuka yang menyajikan makanan kampung. Jenis makanan yang diperlukan boleh dibincangkan dengan chef bagi kumpulan yang besar. Selain masakan melayu, masakan vegetarian boleh disediakan atas permintaan. Makanan disediakan secara pakej 5 kali sehari. Pengunjung boleh membeli-belah kedai yang menjual makanan dan minuman ringan serta keperluan latihan seperti sabun, berus gigi dan lain-lain. Terdapat juga cenderamata dijual di kedai tersebut.

D'SHOP


Kedai kecil menjual beberapa kelangkapan untuk para peserta.