Friday, January 6, 2012

"D'impian SURVIVAL Camp" :: Kg Sg. Balang. Muar


Lokasi ::

D'impian SURVIVAL Camp
SKD 10/15
Kampung Sungai Balang Besar,
83610, Semerah, Batu Pahat, Johor.

The objective of setting up this type of training camp is to expose the younger children to natural environment. The type of training camp is held during the school holidays. They are taught, among other things, the following:-

1. Safety and awareness of the environment
2. Love nature and learn to keep the environment clean
3. Develop team-work
4. Create self-confidence
5. Maintain discipline


Kids will learn the proper way in camping, set up camp, learn how to start a fire, cook as well as some basic survival skills in the jungle.

Chelat untuk peserta atau urusetia


D'impian SURVIVAL Camp telah beroperasi hampir 1 tahun. Namun sebelumnya memang terlalu banyak program - program perkhemahan telah dibuat di sini sama ada di peringkat daerah , negeri mahupun kebangsaan semenjak tahun kebelakangan ini. Kawasan ini sangat terkenal untuk melakukan aktiviti perkelahan , perkhemahan, kawat beruniform, kem motivasi, xpdc , merentas hutan dan hari keluarga. Apapun dalam merealisasikan sokongan terhadap pelancongan di Johor maka D'impian Survival Camp telah di tubuhkan bagi membantu menguruskan perjalanan aktiviti - aktiviti perkhemahan dan kem motivasi di kawasan terbabit agar para peserta dapat berkursus dalam keadaan lebih baik dan selesa dibawah D'impian Group dan yang lebih khusus DRTC.

Bersantai disuasana kampung


Antara kemudahan yang terdapat di Camp ialah :

1. Tapak Perkhemahan 200 orang
2. DewanTerbuka
3. Dataran Kawat - 200 orang
4. Surau
5. Dewan Makan
6. Bilik Air / Tandas
7. Padang Bola
8. Chalet
9. Chalet Besar
10. Jeram - Bestnya
11. Kolam Mandi Air Jeram -Sejuknya
12. Set BBQ
13. Set Karaoke
14. Berhampiran Pekan - 1KM
15. Kolam Mancing
16. Kolam Training Rakit
17. Masjid 2.5 km






Berkayak adalah sukan air bagi camp motivasi

Belajar hidup susah, pengalaman yang sangat berharga






PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN


Adakalanya, seseorang atau kumpulan pendakai/penjelajah menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa mengembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang atau Kumpulan itu sesat semasa menjelajah atau exipedisi dalam hutan.


Dalam keadaan sebegini, seseorang harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

a. Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.

b. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.

c. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.

d. Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagat kita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.

e. Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.


KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)

Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa di dalam hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

1. Ubat-Ubatan

(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)

(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )

(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)

(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit

(v). 1 X Tiub krem luka

(vi). Flavin

(vii). 1 X Gulung pembalut luka.

( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastik yang berasingan)


2. Makanan.

(i). 1 X Peket Holicks talets

(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.

(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.


3. Barangan Kegunaan Am.

(i). 5 meter tali

(ii). 5 ela Tali pancing

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (masukan dalam kota mancis yang beserta mancis)

(iv). 1 X pemetik api.

(v). 1 X Batang lilin kecil

(vi). 1 X Kit penapisan air

(vii) 1 X Cermin Kecil

(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.

(ix). 1 X compass kecil

(x). 1 X gergaji dawai

(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek

(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.